RSS

Friday, April 2, 2010

SAMBUNGAN TENTANG IFZQ

wuishhh..........
Meremang bulu roma kita apabila menghayati IFZQ. Tau dak apa itu IFZQ!. haa x tau kan????.
Ni mesti x baca blog yang ana post sebelum nie kan?
Ngaku Je Lar..........

IFZQ atau panjangnya Intisari Fi zilalil Quran adalah Buku yang ditulis oleh SQ setelah habis ia meneliti dan menafsir al-quran sewaktu dalam penjara. Ia menjadi Mukaddimah Tafsir Fi Zilalil Quran walaupun ditulis selepas habis tafsir Quran(Ni kawan ana kata)

Tau dak SQ tu ape???
Tak Tau Jugak!!!!
Ish...ish....ish....

SQ tu syed Qutb lah... ni mesti x pernah baca nie.....
Nak ikut perkembangan mesti tau awal dulu....

Macam kita dulu mesti la masuk tadika dulu, baru masuk sekolah..
Ka ada yang trus masuk sekolah rendah....
Pelik...pelik....pelik
Kalau orang arab jumpa benda pelik ia akan kata "Haza Syaiun A'jib"
ini betul ada dalam quran...
x percaya??
Tengok suroh Qaf (Orang Kafir tu orang arab)

aduh... minta maaf x masuk lagi isi IFZQ
Ni pasai ada yang x faham lagi nih
Ok, Serious...Serious

SQ juga menukilkan bahawa kita perlulah mengimbangkan gerakan kita seiring dengan gerakan alam...
Benda apa nih!!!
Relaks dulu

tgk surah Ar-Ra'du ayat 15
Bukak Quran cepat!!!!
Firman Allah
"dan hanya kepada Allah bersujud yang di langit dan di bumi... dan juga bayang2 mereka..."
ini membuktikan angin, pokok, tanah, awan, hatta nyamuk dalam pasu juga bersujud yakni berserah diri pada Allah.
Nampak dak perkaitan ayat nih dengan apa ana cakap tadi....
Mesti nampak....
antum kan pandai...
Bangga pulak... sudah...

ini dapat dibuktikan apabila nabi berdakwah ke thaif, nabi dilayan dengan seksaan yang teruk..
tau dak apa yang jadi???
Lembah meminta kepada nabi untuk menimbunkan penduduk thaif...
Sejuk hati nabi kerna bukan dia keseorangan dalam berdakwah....
Rupanya alam lain pun bersama nabi...
Allahu Akbar...

Kesimpulan
Alam yang menta'zimkan Allah perlu disokong dengan ahli dunia dari kalangan manusia untuk
mengimarahkan alam dengan sebenarnya.Jadi kita kita perlu bergerak seiring dengan kehendak alam.
Wassalam.

Ada banyak lagi nak isi...
Ni baru 2/26 dari IFZQ

0 comments:

Post a Comment