RSS

Thursday, April 15, 2010

Hakikat islam yang dilupai


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh....
Pertama sekali ana mengucapkan terima kasih kerana memberikan sokongan pada blog ini ini. Mudah-mudahan semua ini mendapat nilaian di sisi Allah...

Mudah-mudahan apa yang ditulis ini bisa dikongsi bersama adik2 di MMY khususnya dan juga pada sesiapa pun (Umum)

Ayuh ikhwah dan akhawat sekalian, marilah kita sama2 merenung akan beberapa pelajaran yang disampaikan oleh SQ dalam kitab HA.....

Tau dak SQ itu apa????
Haa tau xpa...
Syed Qutb kan....

kitab HA tu apa pulak...
X tau kan???
Haaa kitab (HA) tu adalah kitab Haza Adden...
Minta MAaf andai terlalu ringkas(HA)

Ingin ana titiskan beberapa coretan Syed Qutb tentang beberapa salah faham umat terhadap islam...
Yang asli dalam bahasa Arab....
Ni Pensyarah ana Terjemah...
Ka nak yang bahasa arab???
Aana seriau antum x faham ja...(Jgn kecik hati pulak)

"Sebahagian dari umat islam menunggu daripada agama ini-setelah mengetahui ia dari Allah- bahawa ia akan bertindak secara SIHRIAH (magik), dan PELIK dan X JELAS SEBAB. Tanpa mengira bahawa ia juga (Islam) adalah i'tibar dari tabiat manusia dan usaha secara fitrah..."

faham tak apa ana tulis nie....
ana tau antum semua bijak....
kan kita semua dah cerdik dah......

Mksudnya kita hendaklah menjadi manusia yang berkerja untuk menegakkan islam...
Jangan jadi cam sebahagian manusia yang tunggu magik ja.....
faham x tunggu magik ni camna????


contohnya cam nie... KIta tidor cam besa, (x perlu fahamkan orang tentang apa kerja mereka untuk islam)...
Kita tunggu... dan Tunggu....
Kemudian esok pagi kita bangun tidor dan tengok......

Pemerintahan Najib dah Bertukar kepada Islam....
Dan Najib dah mula mengajar di masjid tentang islam...
Israel dah terhapus....
Palestin hidup cam besa.....
Barat dah pakai sistem islam....
Penjara Abu Gharib dah bertukar jadi masjid...
Pusat judi di Genting dah bertukar jadi Perkuburan Syuhada'
Bandaraya KL dah jadi pusat ulama' berbincang tentang hukum....
Dan banyak Lagi....

Ahh..
Ketahuilah bahawa islam adalah agama fitrah....
Dan ia juga mengikut Fitrah manusia...
Kerana ia adalah manhaj dari ilahi untuk manusia.... (Bukan untuk malaikat)
Ayuh... Teruskan usaha memahamkan adik2 kita dan masyarakat kita bahawa....
Mereka perlu bekerja untuk islam...
KIta juga perlu menggandakan usaha kita untuk islam.....
Allah mengajar kita untuk berusaha cam nabi....
Nabi dilempar batu, dilempar najis untuk islam...
x kan kita nak tunggu magik ja...
Ayuh fikir-fikirkanlah........

0 comments:

Post a Comment