RSS

Wednesday, April 28, 2010

A'LAQOH BAINAN "NAFASI" WA "OUR DUTY"

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh…….
Pertama sekali marilah kita merafa’kan kesyukuran kepada Allah kerana masih memberi kekuatan kepada kita untuk menyedut nafas segar di bumi Allah ini…..
Kenapa Nafas????
Ya ia merupakan nikmat yang besar dalam hidup kita…..
Kita masih boleh bernafas……
Syukur pada Allah kerana segala kelengkapan pernafasan masih dijaga oleh Allah….
Sedarkah kita bahawa kita bernafas ini adalah gabungan daripada……
1) Oksigen yang dilepaskan oleh pokok ketika fotosintesis….(agak lama tinggal sains takut silap)
2) Kitaran udara….(dan komposisinya yang tersusun)….
3) Kelancaran corong hidung yang membolehkan oksigen masuk….
4) Kerongkong yang tidak tersumbat…
5) Paru- paru yang bersedia memindahkanl oksigen….
6) Darah yang membawanya (oksigen) ke seluruh badan….
7) Seluruh badan menerimanya…
8) Dan banyak lagi

(x rujuk buku… minta maaf andai silap)
(Gabung ilmu semasa di mmy dengan bacaan 2 lain….)

Sedarkah kita bahwa kita masih boleh hidup ini sebab Allah melancarkan pergerakan semua ini (tujuh-tujuh tu lar....…..
Bayangkan oksigen ada…. Hidung lancar….. kerongkong ok….. paru-paru ok….. tiba2 darah x jalan sebab jantung Allah x benarkan untuk mengepam darah…. (baru kita tau bahawa segala nie dijaga dan diberi oleh Allah kepada hambanya)
Andai Allah menarik sedikit nikmat pun….. Kita sudah merasa susah…..
Ya lah andai kata Andai Allah menarik nikmat CO2 pun walaupun yang lain dikekalkan juga mendatangkan kesusahan!!
Kenapa pulak karbon dioksida.... x penting pun???
Ya lah x dak karbon dioksida macam mana oksigen terhasil….. maka oksigen yang ada akan habis dan kita…..( faham-fahamlah…)
Namun kerana sifat Rahman dan Rahim Allah kita masih mampu hidup…… (terima kasih banyak2 Ya Allah…)
Jadi ikhwah akhawat cam na kita nak membalasnya pada Allah…..
Sedarkah kita kenapa Allah menjaga sistem badan kita secara tersusun nie……
Kalau ada penjagaan yang rapi nie x kan hidup kita sia-sia ja….
Sekarang nie ana nak bagitau pulak apa kefahaman kita yang betol setelah kita mengaku islam….
X kan nak belajar agama ja….. amal 5 rukun islam ja…. Pastu masuk syurga….
Habis tu imam mahdi nak mai cam tu ja kar…. Islam akan menang dengan 5 rukun islam ja kar….
Ni bukan maksud meremehkan rukun islam tadi….. Itu adalah asas islam kita…..
Janganlah semangat tapi tinggal solat pulak…. Zakat tak bagi….. ni menempah neraka namanya….
Ana bagitau nie ringkas ja…. Sebab biar ringkas tapi melekat dalam jiwa….
Biar sikit cakap tapi pengamalannya lebih…kan….
Tau dak bila kita mengaku islam (ucap syahadah) kita menjadi saksi di hadapan Allah…..
Saksi apa???
Ya tengoklah pada firman Allah…. Dalam surah albaqarah…..
Ayat dia berbunyi lebih kurang gini…. “Wakazalika jaalnakum ummatan wasaton litakunu syuhadaa alan nasi wayakunanarrasulu alaikum syahida”
Maksud dia ….. “ dan begitulah kami menjadikan kamu umat wasato (perantara antara manusia) untuk kamu menjadi SAKSI kepada manusia dan Rasul pula menjadi saksi kepada kamu…


>>Namun ketahuilah dengan ayat quran tadi kita menjadi SAKSI kepada ahli dunia semuanya bahawa islam adalah agama yang terbaik untuk dunia…..
Ni ana ambil dari buku Syahadatul Haq abu a’la almaududi…..
Maka setiap kita mesti mendaulatkan islam ke seluruh alam…. Macam mana pulak…..
Bekerjalah untuk islam…. sehingga akhirnya islam boleh tertegak…. Namun ketahuilah ia tidak tertegak dengan kata….
Ana cuba buat perumpamaan utk adik2 mmy & ikhwah akhawat lebih faham…. (tibe2 terpikir utk buat perumpamaan.. Dalam quran pon Allah suka buat perumpamaan jugak)

“Cuba andaikan kita dan seorang lagi teman adalah saksi suatu pembunuhan kejam seorang perempuan tua…..
Ketika di bunuh kita melihat bagaimana ia ditikam dengan kejam …….
Namun sahabat kita diketahui oleh pembunuh tadi lantas sahabat kita ditikam juga…..
Namun kita dapat sembunyi…..
Ketika pembunuh melarikan diri, kita pergi kpd sahabat dan berjanji kepadanya kita akan jadi menjadi saksi (laporkan dan berkerja sehingga kes ini diadili dengan adil)…
Setelah sahabat kita mati…. Kita hanya bercakap sahaja dihadapannya namun kita tidak melakukan (beramal/berkerja) dengan sebenar-benar penyaksian itu….
Kita adalah saksi yang melihat semua itu……
Bagaimana boleh kita melepaskan penyaksian itu dengan membiarkan penjenayah berkeliaran….
Maka perempuan dan sahabat itu tidak diadili dengan baik….
Maka kita adalah ZALIM!!!!
Jadi macam mana…..

Macam tu lah andai kita tidak menjadi saksi bahawa “aku nie menjadi penyampai dikalangan umat untuk mendaulatkan agamamu (dengan berkerja)”….dan kita tidak bersaksi ”aku telah bekerja untuk merealisasikan agamamu”…( Hatta la takuna fitnatun wayakunaddinu kulluhu lillah)
Maka kita telah berlaku zalim kepada ahli dunia….. (kerana kita akan disoal oleh rasul kenapa tidak melaksanakan tugas mereka......)

Maka kita telah biarkan dunia tidak diadili (perempun tadi) dengan baik…..
dan kita mendustai rasul yang menyampaikan amanah pada kita (sahabat tadi)
Maka kita ZALIM pada agama kita sendiri (biarkan ia tidak boleh bangun)…..

Minta maaf andai x faham.... Boleh tanya ana kalau x faham...
Yang faham... FAhamkanlah yang x faham ok...

Ayuh sahabat-sahabat ikhwah akhawat kita memperbanyakkan lagi usaha kita untuk islam…..
Kita perbetulkan kefahaman orang lain tentang islam…..
Rapatkan mereka kepada Halaqah… Usrah dan Wasilah tarbiyyah yang lain….
Insya-Allah…
Minta maaf andai ana silap dalam menulis.... (teguran sangat diharap)

0 comments:

Post a Comment