RSS

Wednesday, April 28, 2010

THE INTERESTING QISSOH

Saya>> Eh, biar btol cam tu…….Tak kan cam tu kot…..
Sim Maliki>> Ya…Budaya tu dari dulu lagi…. Sekarang cuba nak banteras… Alhamdulillah sekarang nie berkurang jugak…
Saya>> Pergh, budaya cam tu masih diguna lagi… Pelik2 lar…..
Zaheri>> Itulah yang jadi masalah….. Ramai sangat cam tu……

Itulah dialog antara ana dan sahabat-sahabat ana dari kemboja tu….. Malam tu ana dan sahabat ana(pelajar daurah) tidur di bilik sahabat kami dari kemboja…..sebelum kami (pelajar Daurah) nak tamatkan pengajian di situ….(lebih kurang 2 hari lagi)….

Sebenarnya sangat seronok kita bersembang dengan mereka…… Mereka yang seramai lebih kurang 20 orang orang tu sangat mahir bermacam-macam skill hidup…..
SKILL HIDUP???

Ya merekalah yang menolong kami untuk mengambil buah nyiur (kelapa lar…) kalau kita nak minum air…

Uish depa pandai sungguh panjat pokok kelapa….. Satu ketika itu ada sorang tu nak panjat pokok untuk kami minum air…. Dah duit tak dak nak beli air….time tu kami buat makan jamaie… x sampai 6 saat dah diatas pokok….. terkejut betol ana…. Pokok tu bukan pokok kelapa rendah taw….. tinggi ooohh….
Dah lah panjat cepat…. Bila habis satu pokok tu buah dia….. Dia pindah pokok lain untuk ambik lagi….

MasyaAllah…. Rajin sungguh…. taw camna dia pindah pokok….. Dia x turun lain lah…… dia pijak daun pokok kelapa yang rendah sikit sambil tangan pegang daun yang tinggi sikit…. Lepas tu…. Imbangkan badan….. Slow-slow dia langkah lepas tu… eh dah pindah pokok dah……

Sambil dok panjat tu….. Kami lar dok gabrakan dia….. Dia relaks jar…..
Kalau kita dok atas tu…. Ketaq tok sah dok kata lar…….. Dia siap boleh bukak kelapa atas tu lagi….. Pastu dia minum…. Amboi kami dok bawah nie pon ketaq tengok dia senget sana..senget sini cam nak jatuh tu…. Depa walaupun aktif sana sini… Panjat pokok lar… Main bola tampar ala spike gila2 lar… Main bola sampai senget padang pon depa kalau solat jemaah x tinggal ohhh……. Tu pengajaran yang kita boleh ambil dari mereka…..

Kalau budak melayu nie….(kite lar…) Apa2 sikit penat lah…. Dan macam2 lagi….Pastu tinggal solat jemaah… Alasan surau jauh lar….. Lagi ana x larat berjalan lar….. Tu budaya yang kena ubah….
Mereka kalau kita tengok aktiviti mereka wah macam nak mati penatnyar….. Peluh bercerau …. Sungguh2 buat kerja…. Kita pon jadi malu kalau kita tak leh hadir solat jemaah di surau…. Tu hikmah yang depa bawak….
Tu baru bab memanjat…. Bab lain x kira lagi….. Banyak lar benda pelik yang kita boleh ambil dari depa….

Bab jual makanan pon pelik jugak…. Ada suatu hari tu dia (rahsia nama yg pastinya orang kemboja) pergi KB(kota bahru) g beli makanan tuk dijual….. Tgk2 masa dia balik dia beli pisang banyak-banyak….
Ana Tanya dia , enta nak jual cam na pisang nie?…. Dia kata nak buat cam di kemboja jual pisang bakar….
Pergh.. ada jugak cam nie …. Dia jual pisang cam kita jual jagung bakar tu…. Wah sungguh-sungguh nya dia…. Tu ana kagum….. Tapi ana agak sesal sebab ana x dan nak merasa pisang tuh….. Maksudnya habisss lah….. Boleh habis jugak……
Pas tu ana sembang ngan dia….. Tanya dia enta sebab apa dok try nak jual nie….. Dia kata dia nie sebenarnya nak amalkan jugak ilmu yang dia ada…. Dia kata dia blajaq pengajian islam n perniagaan disini…. Jadi dia nak praktis ilmu yang dia blajaq…. Jadi dia juallah macam2 termasuk jagung dan ubi kayu…. Dan juga bisnes jacket…..

Pastu dia cerita kat ana lagi…. Di lubuk hati dia…Dia nak buat sumbangan pada Negara dia kemboja….(khususnya orang islam di sana)
Dia kata sekolah kerajaan saja yang percuma…. (namun disitu agama islam x diajar….) Jdi sekolah agama saja yang mampu menyelamatkan penerusan umat islam yang faham akan agamanya di sana…

Dia cerita lagi… Dia klau ada kesempatan dia nak jadi businessman yang mampu memberi manfaat pada saudara mereka di sana….. Biar keuntungannya bisa diberi untuk penubuhan madrasah di sana…. (terharunya ana)
Wah nie la semangat mereka…. Sambil dok menyembang sekali, main sekali, solat sekali, makan sekali… Tetapi di hati mereka ada bermacam- macam harapan yang ingin mereka tunaikan….. Tu la best bersembang dengan mereka ada saja manfaatnya untuk kita kongsi…..

Pengajarannya di sini…. Kita yang hidup agak senang nie bantulah mane2 orang yang mintak derma untuk penubuhan sekolah ke… ape2 ke…. Tu sedekah jariah tau…. Kebanyakan saudara kita sangat-sangat memerlukan bantuan daripada kita….
Firman Allah: WaanfiQu Mimma rozaknakum min Qabli an ya’tia ahadakumul mautu fayaqula Robbi Lau la Akkhortani ila ajalin Qarib Faassoddaqo waakun minal khosirin…..
Maksudnya…”Dan bersedekahlah kamu daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu sebelum datang kematian kepadaseseorang daripada kamu, maka ketika itu dia akan berkata kalaulah boleh lewatkan sikit ajalku ini…. Aduh.. Ruginya aku…..”
Nanti pasai dialog kat mukaddimah tu nanti ana cerita…. Ok …. Takut panjang sangat….
(malas nak sambung sekarang… he..he..he…)

A'LAQOH BAINAN "NAFASI" WA "OUR DUTY"

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh…….
Pertama sekali marilah kita merafa’kan kesyukuran kepada Allah kerana masih memberi kekuatan kepada kita untuk menyedut nafas segar di bumi Allah ini…..
Kenapa Nafas????
Ya ia merupakan nikmat yang besar dalam hidup kita…..
Kita masih boleh bernafas……
Syukur pada Allah kerana segala kelengkapan pernafasan masih dijaga oleh Allah….
Sedarkah kita bahawa kita bernafas ini adalah gabungan daripada……
1) Oksigen yang dilepaskan oleh pokok ketika fotosintesis….(agak lama tinggal sains takut silap)
2) Kitaran udara….(dan komposisinya yang tersusun)….
3) Kelancaran corong hidung yang membolehkan oksigen masuk….
4) Kerongkong yang tidak tersumbat…
5) Paru- paru yang bersedia memindahkanl oksigen….
6) Darah yang membawanya (oksigen) ke seluruh badan….
7) Seluruh badan menerimanya…
8) Dan banyak lagi

(x rujuk buku… minta maaf andai silap)
(Gabung ilmu semasa di mmy dengan bacaan 2 lain….)

Sedarkah kita bahwa kita masih boleh hidup ini sebab Allah melancarkan pergerakan semua ini (tujuh-tujuh tu lar....…..
Bayangkan oksigen ada…. Hidung lancar….. kerongkong ok….. paru-paru ok….. tiba2 darah x jalan sebab jantung Allah x benarkan untuk mengepam darah…. (baru kita tau bahawa segala nie dijaga dan diberi oleh Allah kepada hambanya)
Andai Allah menarik sedikit nikmat pun….. Kita sudah merasa susah…..
Ya lah andai kata Andai Allah menarik nikmat CO2 pun walaupun yang lain dikekalkan juga mendatangkan kesusahan!!
Kenapa pulak karbon dioksida.... x penting pun???
Ya lah x dak karbon dioksida macam mana oksigen terhasil….. maka oksigen yang ada akan habis dan kita…..( faham-fahamlah…)
Namun kerana sifat Rahman dan Rahim Allah kita masih mampu hidup…… (terima kasih banyak2 Ya Allah…)
Jadi ikhwah akhawat cam na kita nak membalasnya pada Allah…..
Sedarkah kita kenapa Allah menjaga sistem badan kita secara tersusun nie……
Kalau ada penjagaan yang rapi nie x kan hidup kita sia-sia ja….
Sekarang nie ana nak bagitau pulak apa kefahaman kita yang betol setelah kita mengaku islam….
X kan nak belajar agama ja….. amal 5 rukun islam ja…. Pastu masuk syurga….
Habis tu imam mahdi nak mai cam tu ja kar…. Islam akan menang dengan 5 rukun islam ja kar….
Ni bukan maksud meremehkan rukun islam tadi….. Itu adalah asas islam kita…..
Janganlah semangat tapi tinggal solat pulak…. Zakat tak bagi….. ni menempah neraka namanya….
Ana bagitau nie ringkas ja…. Sebab biar ringkas tapi melekat dalam jiwa….
Biar sikit cakap tapi pengamalannya lebih…kan….
Tau dak bila kita mengaku islam (ucap syahadah) kita menjadi saksi di hadapan Allah…..
Saksi apa???
Ya tengoklah pada firman Allah…. Dalam surah albaqarah…..
Ayat dia berbunyi lebih kurang gini…. “Wakazalika jaalnakum ummatan wasaton litakunu syuhadaa alan nasi wayakunanarrasulu alaikum syahida”
Maksud dia ….. “ dan begitulah kami menjadikan kamu umat wasato (perantara antara manusia) untuk kamu menjadi SAKSI kepada manusia dan Rasul pula menjadi saksi kepada kamu…


>>Namun ketahuilah dengan ayat quran tadi kita menjadi SAKSI kepada ahli dunia semuanya bahawa islam adalah agama yang terbaik untuk dunia…..
Ni ana ambil dari buku Syahadatul Haq abu a’la almaududi…..
Maka setiap kita mesti mendaulatkan islam ke seluruh alam…. Macam mana pulak…..
Bekerjalah untuk islam…. sehingga akhirnya islam boleh tertegak…. Namun ketahuilah ia tidak tertegak dengan kata….
Ana cuba buat perumpamaan utk adik2 mmy & ikhwah akhawat lebih faham…. (tibe2 terpikir utk buat perumpamaan.. Dalam quran pon Allah suka buat perumpamaan jugak)

“Cuba andaikan kita dan seorang lagi teman adalah saksi suatu pembunuhan kejam seorang perempuan tua…..
Ketika di bunuh kita melihat bagaimana ia ditikam dengan kejam …….
Namun sahabat kita diketahui oleh pembunuh tadi lantas sahabat kita ditikam juga…..
Namun kita dapat sembunyi…..
Ketika pembunuh melarikan diri, kita pergi kpd sahabat dan berjanji kepadanya kita akan jadi menjadi saksi (laporkan dan berkerja sehingga kes ini diadili dengan adil)…
Setelah sahabat kita mati…. Kita hanya bercakap sahaja dihadapannya namun kita tidak melakukan (beramal/berkerja) dengan sebenar-benar penyaksian itu….
Kita adalah saksi yang melihat semua itu……
Bagaimana boleh kita melepaskan penyaksian itu dengan membiarkan penjenayah berkeliaran….
Maka perempuan dan sahabat itu tidak diadili dengan baik….
Maka kita adalah ZALIM!!!!
Jadi macam mana…..

Macam tu lah andai kita tidak menjadi saksi bahawa “aku nie menjadi penyampai dikalangan umat untuk mendaulatkan agamamu (dengan berkerja)”….dan kita tidak bersaksi ”aku telah bekerja untuk merealisasikan agamamu”…( Hatta la takuna fitnatun wayakunaddinu kulluhu lillah)
Maka kita telah berlaku zalim kepada ahli dunia….. (kerana kita akan disoal oleh rasul kenapa tidak melaksanakan tugas mereka......)

Maka kita telah biarkan dunia tidak diadili (perempun tadi) dengan baik…..
dan kita mendustai rasul yang menyampaikan amanah pada kita (sahabat tadi)
Maka kita ZALIM pada agama kita sendiri (biarkan ia tidak boleh bangun)…..

Minta maaf andai x faham.... Boleh tanya ana kalau x faham...
Yang faham... FAhamkanlah yang x faham ok...

Ayuh sahabat-sahabat ikhwah akhawat kita memperbanyakkan lagi usaha kita untuk islam…..
Kita perbetulkan kefahaman orang lain tentang islam…..
Rapatkan mereka kepada Halaqah… Usrah dan Wasilah tarbiyyah yang lain….
Insya-Allah…
Minta maaf andai ana silap dalam menulis.... (teguran sangat diharap)

Thursday, April 22, 2010

Ibroh Dari Pemuda KAhfi...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.....

Pada hari yang dirohmati Allah ini iaitu hari khamis bersamaan 8 jamadil awwal ana ingin kongsikan sedikit pengajaran dari ashabul kahfi....


Mesti sebahagian dari kita bila dengar ashabul kahfi trus terbayang pemuda yang gagah yang lari ingin menyelamatkan iman mereka dari dilunyai dek pemerintahan yang kuffar...

Namun di sini ana ingin membawa kita semua beberapa pandangan mufassirin tentang kaedah macam mana mereka melarikan diri dari kawalan pemuka-pemuka kuffar pada zaman mereka..

perkara ini diceritakan oleh seorang akhi semasa ana berada di kelantan....
semasa sedang mengadakan perbincangan bersama mahasiswa2 kolej.....
Tentang sukan apakah ia lebih kpd islamik atau sia2.....
Mungkin jarang sekali kita terdetik untuk membincangkan perkara ini secara terbuka...
NAmun atas kesedaran yang mendalam pentingnya medium ini untuk islam maka dijayakanlah di surau kemboja di sebelah asrama kami....

Akhi nie membuka kisah di mana sebahagian mufassirin mengatakan bahawa mereka melarikan diri dari pemerintah thaghut menggunakan bentuk sukan yang sekarang ni ia lebih mirip kepada golf....

Kalau mereka melarikan diri secara saja2 ghalibnya akan mendatangkan keraguan pada masyarakat kuffar ketika itu....
Maka di sinilah kita harus belajar bahwa sukan adalah perkara menjaga keimanan atau tidak.....

Dikatakan mereka memukul bola jauh....
kemudian mereka pukul lagi.....
Padahal mereka cuba melarikan diri....(utk jga iman)
sehinggalah sampai ke gua...
Namun puak2 thaghut melihat itu sebagai permainan biasa.....
Maka disini.... Ayuh jadikan sukan kita luar biasa untuk islam..
walaupun dianggap biasa oleh orang lain.....

Jadi pengajaran di sini.....
Walaupun mungkin pendapat ini tidak jumhur ataupun lemah dsb....
Namun adakah tidak penting kita menjaga iman dan islam kita dengan sukan....
seringkali apabila perlawanan adalah sebagai lesen kita untuk bergaduh dan berdendam....

Jangan belajarlah dari pemuda alkahfi ini.....

Firman Allah....
"Innahum fityatun amanu birobbihim wazidnaahum hudaa"
maksudnya: merekalah generasi pemuda yang beriman dengan tuhan mereka maka Kami tambahkan kepada mreka petunjuk Kami....

Itu Mereka.... Kita Bagaimana???
Fikir-fikirkanlah!!!

Sunday, April 18, 2010

Sambungan Daurah




Salam disini ana nak sambung pasal Daurah yang dilaksanakan pada 16-17/4/201 (semalam) yang ana cerita sebelum ini...

Antara program yang dijalankan adalah:

1)pembentangan tentang "Kefahaman tarbiyyah dan Wasail yang digunakan" oleh akh Amirul. Moderator untuk majlis ini ana sendiri. Program ini start dari pukul 4.00-5.30 ptg. (16/4)

2)Riadhah Badaniyyah yang dilakukan pada petang itu sebagai suatu pembinaan kekuatan RIJAL....

3)Pembentangan tentang "Pencemaran Kefahaman Islam & Cara Mengatasinya" yang disampaikan oleh akh Uzair. Moderator untuk majlis ini saudara Amirol.

4)Pembentangan terakhir tentang "Pemuda dan Perubahan" oleh akh habib. Moderatornya adalah saudara Naim...

5)Slot perkongsian tarbiyyah dengan ikhwah dan akhawat pelbagai tempat...

6) Diikuti dengan LDK oleh beberapa ikhwah yang berpengalaman dari UUM...(ana x dan nie.. Ana terpaksa balik awal...ada program lain)

Semua program ini sangat membekas dalam jiwa peserta. Dan para peserta juga dapat
memahami dengan lebih jelas tentang waqe' umat....

Insya-Allah program ini akan diteruskan pada 30hb nie...
Salam Ukhuwwah....

DAURAH TARBIYYAH&JUNDIYYAH DI MMY

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
ana rasa sudah agak lama ana tidak update blog nie, minta maaf pasal itu....

Pada kali ini ana nak ceritakan sedikit tentang program yang kami jalankan di sekolah MMY bersama ex-gen MMY.

Dengan lebih tafsil @ detail ia dihadiri oleh 7 and 6 gen.....

Program ini dilaksanakan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menyusun tarbiyyah untuk para ex-gen....
Program ini dilaksanakan dengan buah fikiran akh habib dan beberapa sahabat di MMAS...

Ini juga adalah follow up dari liqa' yang pertama diadakan pada bulan lepas...(x silap ana,ana x pi )

Pada hari itu, kami telah memantau perjalanan usrah ahli adakah sudah berjalan dengan baik......
Adakah Wasilah tarbiyah yang disusun dapat dilaksanakan dengan baik....
Dan usrah juga akan disusun kepada individu yang baru mengenal tarbiyyah ini....
Kepentingan Usrah diceritakan dengan detail atas masalah umat sekarang nie...
Ana x habis cerita lagi nie....
Nanti ana sambung balik....
NAk solat lu.....(Solat awal itu afdhal)
Sekian

Thursday, April 15, 2010

SAMBUNGAN TENTANG IFZQ 2


Assalmualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Pada kesempatan ini ana rasa cam nak sambung sikit lagi tentang IFZQ nie....
Ana rasa cam lepas ni nak kupas pasal HA pulak lar.....
HA tu tau dak apa dia???
x tau!!!
xtau lagi!!!!
pikirlah dulu.....

HA tu juga adalah buku yang dikarang oleh SQ( Syed Qutb)....
Ha tau dak gi HA tu apa???
Tau dah....
Mestilah "Haza Addeen" kan???
tahu takpe...

Nak tau sebab apa ana suka tulisan syed Qutb???
Dia nie dah infakkan dirinya untuk jalan dakwah nie seratus peratus taw....
kawan-kawan semaktab mahmud ngan ana, kita juga kena contohi SQ nie...
Walaupun dia seorang yang cerdik dan sudah ambil master... (Zaman dia sekolah menengah tu kira hebat)
Dia boleh saja kerja dengan kerajaan.....
Namun kerana prinsip islam yang dia pegang dan tidak mahu digadai...
Itulah yang menyebabkan ana suka dia....

Tulisan yang dia tulis juga adalah berlainan dari orang lain...
Tulisannya bersastera tinggi...
Dia bukan menulis dalam keadaan aman....
Dia menulis bukunya dalam keadaan diburu oleh oleh puak taghut dikalangan islam sendiri...
uihh... Best sangat buku dia....
Dia tulis memang dari hati... Untuk islam....
Mudah-mudahan rohnya dilimpahi rahmat...
Ameen...

Okey... Sekarang kita masuk IFZQ pulak ....
SQ mengatakan bahawa dunia memang tidak akan mencapai kebaikan melainkan dengan kembali kepada Allah...
Betul dak apa yang dia cakap???
Adakah kita berstuju dengan mulut sahaja tanpa disertai dengan perbuatan!!!
Kita kena fikir benda ini...

SQ juga mengatakan bahawa berhakim kepada Sistem aturan Allah adalah perkara beriman atau tidak beriman!!!!
Andaikata kita x kisah dengan sistem sivil sekarang....kita seolah2 tidak beriman (Nauzu billah)
Jadi apa tugas kita...
Kita x leh tunggu sistem syariah tercapai dengan magik...
ini mustahil!!!- rujuk_hakikat islam yang dilupai-

Kita kena berkerja untuk islam...
YA Allah jadikanlah kami tenteramu.....

Kita kena yakin andai kita nak selamatkan kembali dunia.. kita kena bukak kembali anak kunci Allah....(Al-QuRAn& HaDiS)... Barulah pintu fitrah akan terbuka....
Malapetaka kejatuhan khalifah cukup memberi kesan kepada kita....
Islam sudah diketepikan,,,,,
Siapakah yang mahu berkerja untuk islam kalau bukan kita...
Ayuh.. Fikir2lah.

Hakikat islam yang dilupai


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh....
Pertama sekali ana mengucapkan terima kasih kerana memberikan sokongan pada blog ini ini. Mudah-mudahan semua ini mendapat nilaian di sisi Allah...

Mudah-mudahan apa yang ditulis ini bisa dikongsi bersama adik2 di MMY khususnya dan juga pada sesiapa pun (Umum)

Ayuh ikhwah dan akhawat sekalian, marilah kita sama2 merenung akan beberapa pelajaran yang disampaikan oleh SQ dalam kitab HA.....

Tau dak SQ itu apa????
Haa tau xpa...
Syed Qutb kan....

kitab HA tu apa pulak...
X tau kan???
Haaa kitab (HA) tu adalah kitab Haza Adden...
Minta MAaf andai terlalu ringkas(HA)

Ingin ana titiskan beberapa coretan Syed Qutb tentang beberapa salah faham umat terhadap islam...
Yang asli dalam bahasa Arab....
Ni Pensyarah ana Terjemah...
Ka nak yang bahasa arab???
Aana seriau antum x faham ja...(Jgn kecik hati pulak)

"Sebahagian dari umat islam menunggu daripada agama ini-setelah mengetahui ia dari Allah- bahawa ia akan bertindak secara SIHRIAH (magik), dan PELIK dan X JELAS SEBAB. Tanpa mengira bahawa ia juga (Islam) adalah i'tibar dari tabiat manusia dan usaha secara fitrah..."

faham tak apa ana tulis nie....
ana tau antum semua bijak....
kan kita semua dah cerdik dah......

Mksudnya kita hendaklah menjadi manusia yang berkerja untuk menegakkan islam...
Jangan jadi cam sebahagian manusia yang tunggu magik ja.....
faham x tunggu magik ni camna????


contohnya cam nie... KIta tidor cam besa, (x perlu fahamkan orang tentang apa kerja mereka untuk islam)...
Kita tunggu... dan Tunggu....
Kemudian esok pagi kita bangun tidor dan tengok......

Pemerintahan Najib dah Bertukar kepada Islam....
Dan Najib dah mula mengajar di masjid tentang islam...
Israel dah terhapus....
Palestin hidup cam besa.....
Barat dah pakai sistem islam....
Penjara Abu Gharib dah bertukar jadi masjid...
Pusat judi di Genting dah bertukar jadi Perkuburan Syuhada'
Bandaraya KL dah jadi pusat ulama' berbincang tentang hukum....
Dan banyak Lagi....

Ahh..
Ketahuilah bahawa islam adalah agama fitrah....
Dan ia juga mengikut Fitrah manusia...
Kerana ia adalah manhaj dari ilahi untuk manusia.... (Bukan untuk malaikat)
Ayuh... Teruskan usaha memahamkan adik2 kita dan masyarakat kita bahawa....
Mereka perlu bekerja untuk islam...
KIta juga perlu menggandakan usaha kita untuk islam.....
Allah mengajar kita untuk berusaha cam nabi....
Nabi dilempar batu, dilempar najis untuk islam...
x kan kita nak tunggu magik ja...
Ayuh fikir-fikirkanlah........

Alahai Sambal Pecal



Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Sahabat2, ikhwah dan akhawat yang dikasihi Allah...

Ana pada perbincangan nie, nak bawak kita bersama betul-betul semangat dalam mengatur langkah dalam kehidupan seharian kita..

Kisah ini diceritakan oleh Naqib ana (orang indonesia) dalam menunjukkan kita bahawa sahabat-sabat kita di palestin sangat-sangat mengharapkan bantuan oleh kita... Di Zaman umat islam terus aktif dengan prinsipnya yang dianggap betul...

Pada bulan Mac yang lalu, beberapa orang sahabat kita di Indonesia mengadakan satu perarakan membenci pertapakan yahudi di palestin, bahkan yang terbaru mereka nak lancarkan perasmian tertubuhnya Haikal (sebelum ni bina ja..), dan juga mereka nak
tubuhkan 1600 unit Rumah yang berbentuk apartment di kawasan baitul Maqdis tu...



Maka dalam perarakan tu, mereka juga mengadakan derma untuk dana ke palestin... Banyaklah yang memberinya...
Termasuk juga yang tidak berkemampuan juga menghulurkan bantuan eboleh mereka...
Nak dijadikan kisah ada antara yang x berkemampuan itu, memberikan 3 sambal pecal yang harganya setiap satu dalam RM kira seringgit lah..

Maka para pelancar program pun melihat bahwa sambal pecal mungkin susah untuk dibawa sebagai derma untuk sahabat kita di Palestin...
Maka mereka pun bersepakat untuk bersama-sama hadirin ingin melelong (taruh) untuk dapatkan wang...

Kalau lelong, selalunya bermula dari tinggi ke rendah, tapi ini bermula dari rendah ke tinggi...
Maka para hadirin pun bersama melawan berapa kah harga yang perlu ditukar...

Ana terjemah nilai ke RM terus, lebih mudah kan?

Maka berkata puak pertama RM 1, maka puak kedua meletak RM 2, berterusanlah lelongan itu sehinggalah nilai mencecah puluhan ringgit....
x cukup dengan tu...
ia mula mencecah ratusan ringgit...
x cukup dengan tu...
akhirnya mencecah ribuan ringgit....
Maka terjuallah sambal pecal tadi dengan harga RM 3000 ringgit...



Allahu Akbar....
Sungguh cantik aturan Allah....
Bahkan sesuatu mempunyai makna yang mendalam....

Maka cerita ini diceritakan pada sahabat kita di palestin....
Mereka bahkan terkesan dengan kisah ini.....

Adakah kita telah tertanam kekuatan seperti itu.....
Andai kita belum bersedia.... AYUH sediakanlah dirimu...

Apa pendapat anda Tentang Perkara Ni!!!
Ada sedikit penerangan atau kritikan....
Ayuh Balaslah demi islam yang tercinta....

Friday, April 2, 2010

SAMBUNGAN TENTANG IFZQ

wuishhh..........
Meremang bulu roma kita apabila menghayati IFZQ. Tau dak apa itu IFZQ!. haa x tau kan????.
Ni mesti x baca blog yang ana post sebelum nie kan?
Ngaku Je Lar..........

IFZQ atau panjangnya Intisari Fi zilalil Quran adalah Buku yang ditulis oleh SQ setelah habis ia meneliti dan menafsir al-quran sewaktu dalam penjara. Ia menjadi Mukaddimah Tafsir Fi Zilalil Quran walaupun ditulis selepas habis tafsir Quran(Ni kawan ana kata)

Tau dak SQ tu ape???
Tak Tau Jugak!!!!
Ish...ish....ish....

SQ tu syed Qutb lah... ni mesti x pernah baca nie.....
Nak ikut perkembangan mesti tau awal dulu....

Macam kita dulu mesti la masuk tadika dulu, baru masuk sekolah..
Ka ada yang trus masuk sekolah rendah....
Pelik...pelik....pelik
Kalau orang arab jumpa benda pelik ia akan kata "Haza Syaiun A'jib"
ini betul ada dalam quran...
x percaya??
Tengok suroh Qaf (Orang Kafir tu orang arab)

aduh... minta maaf x masuk lagi isi IFZQ
Ni pasai ada yang x faham lagi nih
Ok, Serious...Serious

SQ juga menukilkan bahawa kita perlulah mengimbangkan gerakan kita seiring dengan gerakan alam...
Benda apa nih!!!
Relaks dulu

tgk surah Ar-Ra'du ayat 15
Bukak Quran cepat!!!!
Firman Allah
"dan hanya kepada Allah bersujud yang di langit dan di bumi... dan juga bayang2 mereka..."
ini membuktikan angin, pokok, tanah, awan, hatta nyamuk dalam pasu juga bersujud yakni berserah diri pada Allah.
Nampak dak perkaitan ayat nih dengan apa ana cakap tadi....
Mesti nampak....
antum kan pandai...
Bangga pulak... sudah...

ini dapat dibuktikan apabila nabi berdakwah ke thaif, nabi dilayan dengan seksaan yang teruk..
tau dak apa yang jadi???
Lembah meminta kepada nabi untuk menimbunkan penduduk thaif...
Sejuk hati nabi kerna bukan dia keseorangan dalam berdakwah....
Rupanya alam lain pun bersama nabi...
Allahu Akbar...

Kesimpulan
Alam yang menta'zimkan Allah perlu disokong dengan ahli dunia dari kalangan manusia untuk
mengimarahkan alam dengan sebenarnya.Jadi kita kita perlu bergerak seiring dengan kehendak alam.
Wassalam.

Ada banyak lagi nak isi...
Ni baru 2/26 dari IFZQ

MERASA KESATUAN AKIDAH

Selain daripada ana dapat mempelajari ilmu di sana (kelantan). Ana juga dapat merasai ikatan perpaduan yang islam bawak jauh melangkaui perbezaan bangsa dan negara.

Di sini ada ada kawan dari kemboja (bahasa perantaraan yang digunakan bersama mereka adalah bahasa arab), aceh (depa paham bm), dan banyak lagi.

Di situ juga ada pensyarah dari indonesia yang juga naqib untuk usrah ana. Namanya Pak Rijal. Selain itu ana juga dapat improve bahasa arab secara fasih dengan pensyarah yang sangat penyayang (Ustaz Hadi) yang dilahirkan di Mekah, membesar di sana dan graduate di universiti madinah. Dia mampu bertutur bahasa arab melebihi bahasa asalnya sendiri( melayu-Patani). Bahkan andai guna ana bahasa KEDAH PEKAT, dia mesti surrender punya.

Disini dapat kami membincangkan beberapa permasalahan islam yang melangkaui negara malaysia, cthnya di kemboja terdapat beberapa golongan yang terlalu taksub dengan maulid nabi, sehingga mereka itu selawat selama 3 Hari tanpa henti. Masalahnya, sepanjang 3 hari itu MEREKA TIDAK PERLU SOLAT.

Mudah-mudahan pengurusan ke yaman yang dilaksanakan di sini (kelate) dapat disempurnakan dengan jayanya.
TOLONG DOAKAN ANA.

pengisian bersama INTISARI FI ZILALUL QURAN (IFZQ)

assalamualaikum...
Di sini ana nak kongsi sedikit apa yang ana dapat dari pengajian ana di kolej Jaiputra, Kota Bahru.
ana telah mengikuti setiap hari dengan satu perbincangan tentang fikrah islam selain belajar Madah Bahasa Arab.

Pertama sekali Syed Qutb (SQ) mengatakan bahawa apabila kita sudah betul-betul memahami alquran, kita akan melihat perbeaan yang amat nyata antara yang islam dan yang bersifat jahiliyyah.

bahkan SQ mengumpamakan dia melihat orang yang masih berpegang dengan kejahilan itu , sedang bermain lumpur yang sangat menjijikkan.

Sedangkan orang islam yang betul2 memahami islam akan melihat orang jahiliyyah (dan yg bersft dgnnya) seolah-olah pandangan orang tua melihat kanak yang bermain pasir yang kotor. Langsung dapat membezakan antara hak dan batil dgan jelas. Macam mana dengan kita....

adakah kita seperti yang digambarkan oleh SQ iaitu dikalangan mereka yang bermain lumpur (yg jahil) atau pandangan orang tua (yg memahami islam) yang merasakan ada banyak tugasan penting yang prlu dilakukan.

Minta maaf andaikata ayat yang digunakan sukar difahami. ini adalah satu isi daripadanya. (IFZQ)