RSS

Thursday, September 23, 2010

FUTSAL & EXAM : SATU ANALISIS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh…..

Alhamdulillah sekarang penulis sudah sampai ke Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri… Sudah habis masa untuk beraya-raya nie…
This is the time I must study….. coz my exam just around the corner….

Alhamdulillah, pada saat ini, penulis sudah cover agak banyak pelajaran2 yang dipelajari sebagai persediaan untuk mengambil peperiksaan hari Ahad nie….

AHAD NIE!!!

YA!! DAH DEKAT DAH!!

Alhamdulillah, Allah mencampak ketenangan dalam hati ini untuk menghadapi peperiksaan itu… Tak lah takut sangat… Terima Kasih Ya Allah….

Namun Penulis tetap bergiat cergas sekarang nie mencari ruang untuk boleh mengadakan tadarus dengan sahabat2 sebagai sambungan dari Ramadhan yang lepas ini…. Insya Allah malam nie kamI akan laksanakannya….

Penulis tetap bertegas untuk mencari ruang2 untuk menguatkan diri ini agar dapat menjadi insan yang lengkap dengan ciri peribadi muslim yang disenaraikan oleh Assyahid Imam Hasan Albanna sebagai persediaan untuk berjuang di atas perjuanganNYA yang panjang…..Ameen…

Alhamdulillah, semalam kami berjaya sampai ke IFC Futsal Pasir Tumbuh untuk bemain futsal atas ajakan Naqib…. Walaupun diri ini tidaklah mahir mana namun memandangkan ada hikmah yang sangat besar yang diberitahu oleh Naqib sejurus berbincang dengan beliau….

Ana: Ustaz, ana sebenarnya tak pernah main futsal sebelum nie… Bola pun tak minat…

Ustaz: Oh.. betul ke… masa dulu pun ada ikhwah dari UKM pun macam tu juga… tapi lama kelamaan setelah bermain secara istiqomah.. Alhamdulillah dah ok….


Setelah itu, ada satu maklumat yang agak best yang diberitahu oleh naqib akan sebab kami mengadakan futsal ini….

Ustaz: Enta tahu dak, kenapa ustaz pilih futsal nie… Sedangkan banyak lagi sukan kita boleh buat..

Ana: Betul juga kenapa ustaz…..Banyak lagi… Badminton, bola tampar dll…

Ustaz: Dengan futsal sebenarnya banyak kelebihan dia berbanding sukan lain… Bukan setakat kita membentuk tubuh badan yang kuat seperti mana saranan Hasan Albanna… Kita juga membentuk satu teamwork yang kemas…. Ia memerlukan interaksi dan kefahaman yang sama… Ia juga membuat kita sama2 merancang strategi untuk mengalahkan pihak lawan…. Tidak macam sukan2 lain seperti badminton dan lain2….


Atas kekuatan itulah insya Allah setiap Rabu sekiranya berkesempatan kami akan melibatkan diri dalam aktiviti ber’futsal’ ini…

Sahabat- sahabat ada satu perkara lagi yang aku ingin katakan...

Kita sentiasa inginkan kejayaan dengan jalan yang kita pilih…, bahkan kita sangat yakin dengan jalan kita ini... Namun kita lupa bertanya diri kita…

AKU LAYAK KE???

AKU NIE DAH LENGKAPKAN DIRI DENGAN BETUL2 KE??

Atas dasar itulah marilah kita sama2 membina diri kita dengan 10 ciri muwasofat tarbiyyah untuk kita betul- betul menjadi pemuda yang dimaksudkan oleh hasan Albanna… Penulis akhiri dengan satu kata-kata yang dikenang oleh penulis sehingga hari ini…

Imam Hasan Al Banna….

"Andai diumpamakan islam seperti sebuah bangunan yang usang yang hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh pelusuk dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin kutip dengan ramainya mereka, tapi aku inginkan hati yang ikhlas membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah"

Jom kita jadi pemuda itu.. Segalanya berula dari diri kita...

Saturday, September 18, 2010

AIDILFITRI??


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh……

Apa khabar sahabat-sahabat semua….. Harap semua dalam keadaan sihat….
Rasanya tidak terlambat untuk penulis mengucapkan selamat hari raya kepada pembaca2
Sekalian… SELAMAT HARI RAYA!!

Penulis meminta maaf atas segala kesalahan penulis yang dilakukan tidak kira semasa kecil,di sekolah SRIAS, di mmy, mmas, Jaiputra, UM dan di lain2 tempat….. Penulis sangat sedar kerana kadang2 penulis mungkin menyakiti orang lain tanpa penulis sedari…. KU MINTA MAAF ATAS KESALAHANKU!!

Setelah berhari-hari kita beriringan dengan Ramadan baru-baru ini... Terasa sangat indah gandingan itu…. Gandingan yang menguatkan jiwa yang lemah… Gandingan yang menghubungkan kasih sayang yang tidak erat… Gandingan yang menguatkan tubuh untuk terus beribadat… Dan ramadan kali ini secara peribadi sangat penulis rasa kekuatannya, kegembiraannya, perjalananya, sumbangannya, dan penulis sangat berharap kita semua juga mendapat tarbiyyah yang sebaiknya dari Ramadan yang baru kita lalui ini…..

Wahai sahabat-sahabat….

Setelah Ramadhan yang kita cintai telah kita lalui…. Kita telah dianugerahkan oleh Allah satu kejayaan yang sangat besar iaitu HARI RAYA AIDILFITRI…..
Namun sahabat-sahabat…..Ingin ku Tanya pada kalian…

ADAKAH BERBALOI IBADAT KITA YANG KITA LAKUKAN PADA BULAN RAMADAN DENGAN SAMBUTAN AIDILFITRI INI???

ADAKAH KITA MENYAMBUT AIDILFITRI ANUGERAH ALLAH INI SETELAH KITA MENGGUNAKAN RAMADAN DENGAN SEBENARNYA???

Ayuh kita selami makna Aidil Fitri yang sebenar…….

Aidifitri dengan maksud Hari Raya Fitrah adalah bermaksud kita kembali kepada fitrah kita yang suci bersih setelah kita melalui Ramadan…. Ramadan adalah pembersih kita agar kita dapat kembali menjadi seorang insan yang bersifat dengan sifat2 fitrah…..
Selain itu juga, dikatakan, Ramadan adalah sebagai bulan kita menjana diri kita untuk kita tempuhi hari2 kita yang biasa selama sebelas bulan selepasnya….. penulis sendiri tidak pasti kesahihannya….

Namun…

ADAKAH KITA SUDAH KEMBALI PADA FITRAH YANG SUCI ITU???

Adakah kita telah betul-betul kemenangan yang dikurniakan Allah ini??

Ayuh nilai kembali diri kita…… Di mana kita sekarang nie…..
Ayuhlah.....

_Ku Yakini bahawa Islam akan Tertegak dengan Terbangunnya institusi individu yang dipenuhi dengan 10 muwasofat tarbiyyah yang akan menjadikan kita pemuda yang
mampu berpijak di segenap ruang…
Mampu berkerja di setiap tempat…..
Mampu beramal di setiap lapangan…
Mampu melakukan perubahan untuk umat….

Dan yang paling penting…. KU INGIN TEKANKAN….

-ISLAM TIDAK MELUPAKAN UNSUR RUHI DALAM GERAK KITA-