RSS

Friday, April 2, 2010

pengisian bersama INTISARI FI ZILALUL QURAN (IFZQ)

assalamualaikum...
Di sini ana nak kongsi sedikit apa yang ana dapat dari pengajian ana di kolej Jaiputra, Kota Bahru.
ana telah mengikuti setiap hari dengan satu perbincangan tentang fikrah islam selain belajar Madah Bahasa Arab.

Pertama sekali Syed Qutb (SQ) mengatakan bahawa apabila kita sudah betul-betul memahami alquran, kita akan melihat perbeaan yang amat nyata antara yang islam dan yang bersifat jahiliyyah.

bahkan SQ mengumpamakan dia melihat orang yang masih berpegang dengan kejahilan itu , sedang bermain lumpur yang sangat menjijikkan.

Sedangkan orang islam yang betul2 memahami islam akan melihat orang jahiliyyah (dan yg bersft dgnnya) seolah-olah pandangan orang tua melihat kanak yang bermain pasir yang kotor. Langsung dapat membezakan antara hak dan batil dgan jelas. Macam mana dengan kita....

adakah kita seperti yang digambarkan oleh SQ iaitu dikalangan mereka yang bermain lumpur (yg jahil) atau pandangan orang tua (yg memahami islam) yang merasakan ada banyak tugasan penting yang prlu dilakukan.

Minta maaf andaikata ayat yang digunakan sukar difahami. ini adalah satu isi daripadanya. (IFZQ)

0 comments:

Post a Comment