RSS

Thursday, May 20, 2010

Perjuangan menentang kebatilan...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh…….

Segala puji bagi Allah atas kehendaknya yang menjadikan kita khalifah Allah serta selawat dan salam kepada rasulillah atas perutusannya sebagai rasul sebagaimana firman Allah (rusulan mubassyyirina wa munzirin ) menunjukkan kita jalan yang baik untuk kita betul2 sampai kepada pangkuan Allah secara benar……

Baru berapa hari penulis mengikuti daurah di maktab Mahmud yan……. Daurah itu juga Berjaya membekas dengan baik dalam diri peserta…. Alhamdulillah…..

Di sini ku ungkapkan kata2 yang ku yakini inilah kata2 yang keluar dari hati yang tulus mengerjakan amal untuk islam…. walau di mana berada darah merekalah yang mengalir jatuh atas nama memperjuangkan islam….. ku syukuri kerana makin ramai daripada kita semakin memahami peranan kita sebagai umat islam terutama pada diri penulis yang agak baru dalam kefahaman ini…… ku tuliskan kembali kata2 yang sama2 menjadi harapan kita untuk menggalas tanggungjawab dan amanah yang berat ini….
.
“apa yang kita perolehi adalah perancangan ALLAh untuk kita...
salam perjuangan buat yang bakal menempuh medan perjuangan baru..
ingatlah.. perjuangan terbesar adalah perjuangan hawa nafsu.. “

“salam bg saudara2 dkt u nnti....hrp brsabar kelak menempuh ujian dsana..kuatkan iman ckalkan hati.slalulah kmbali pdaNYA...brsma kita berjuang utk agama,bangsa,negara n ummah...smpai bertemu kalian d syurga.....................amen…”

“Semoga daurah yang bakal di adakan pada petang ini akan lebih lagi mengeratkan ukhwah antara kita..^_^”

“Alhamdulillah..daurah kali ni mmg berkesan.sama2 lah kita bina ukhuwah yg terjalin dgn lebih erat..
Ameen.....
Mudah-mudahan....
Harap tarbiyyah sebegini dapat terus berjalan di mana kita berada....
ALLAHU GHAYATUNA!!!
insyaALLAH....”

“alhamdulillah..daurah yg diadakan baru2 ni mmg terkesan dlm diri ana..moga2 ia menjadi wasilah kpd semua untuk menegakkan kalimah Allah wlu di mana jua kita berada”

“semoga dauroh yg diadakan terus berterusan walaupun bilangan kita semakin sedikit...... pasti ada hikmah sebaliknya...”


Tidak terungkap kata dari diri penulis yang terkesima bahawa inilah lahirnya pemuda dan pemudi baru yang akan bergerak untuk mengembalikan semula jiwa islam yang gemilang suatu ketika dahulu….

Mengapa penulis ungkapkan begini??? Ketahuilah bahwa penulis sangat sedar bahawa kita sekarang nie hidup dalam masyarakat yang dilatih secara barat….. diajar untuk mengagumi ilmu sehinggakan agama diketepikan….. sanggup berjuang untuk ilmu tetapi lupa berjuang untuk tegakkan islam….

Kita tidak pelik andai banyak dari kita di marahi kerana gagal dalam periksa….. tetapi berapa ramai yang di marah kerana mesej yang bukan2, solat yang sengaja dilewatkan, quran yang tak di baca.... bukankah masalah ini terus menular dalam masyarakat???

Jadi tidak bolehkah penulis rasa kagum dengan lahirnya jiwa2 baru yang akan meruntuhkan jiwa2 kebaratan ini???....

Penulis juga sedar…. Pertemuan itu (daurah) mungkin yang terakhir bagi penulis sebelum berangkat meninggalkan sebentar bumi kelahiran penulis ini….. Harap diri ini terus tsabat dalam bergerak untuk islam…. begitu juga dengan sahabat2….. Ana doakan kita sama2 berjaya untuk diri kita dan islam….

Wahai sahabat-sahabatku ,dan juga mungkin juga adik-adikku , dan mungkin juga senior-seniorku...

Ku tahu jiwa kalian sarat dengan kefahaman islam yang syumul… dan juga akidah yang kalian miliki adalah akidah yang benar…. Apakah kata kalian yang menjunjung kalimah Allah dalam diri kalian akan berita yang benar2 merengsakan jiwa kita ini…… ketahuilah sistem Negara kita yang teruk sekarang ini telah menghasilkan kefahaman yang tidak betul dalam jiwa umat islam khususnya…. Ku harap kalian sanggup menghabiskan sedikit masa atau sebanyak mungkin untuk bergerak membetulkan kembali permasalahan ini…. Dengarlah ungkapan2 yang direkod oleh penulis sebagai tanda sistem persekolahan yang teruk di luar sana atas kefahaman yang silap ini…..

ALOR STAR: Ketegasan seorang guru disiplin di sebuah sekolah di Ayer Hitam, dekat sini, mendisiplinkan pelajar bermasalah dibalas dengan kenderaan miliknya dilontarkan bom petrol, malam kelmarin.
Bom petrol itu dilontarkan pada kereta guru berkenaan sebagai amaran berikutan tindakannya
merotan pelajar yang melanggar peraturan ketika sesi persekolahan.
Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, guru terbabit sedang menonton televisyen bersama keluarga di rumahnya di Kampung Teluk Tui, Jerlun, dekat sini, sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan di hadapan rumah.


Aduh…. Pedih benar jiwa kita yang sangat2 mengharapkan islam kembali mentadbir dunia kita…….
Beginilah jadinya andai agama diketepikan dalam sistem pelajaran kita….. Bagaimanakah kita ingin mengharapkan makin ramai jiwa yang ikhlas akan berkerja untuk islam andaikata kereta guru sendiri sanggup di Bom…. Wahai sahabat ingatlah kerja ita masih banyak….. Janganlah kita melepaskan tangan kita dengan alasan.. ”ana x sempurna”, “aku pon jahat..” dll….

Ingatlah sesungguhnya makin ramai yang teruk dalam sistem penjajah yang jahat ini…. Janganlah kita2 sama2 teruk macam orang lain sedangkan kita telah ditarbiyyah dengan baik oleh MMY dulu…… Ayuh sama2 memperbaiki diri dan betulkan orang lain……

Penulis harap kalian sanggup untuk menahan diri dari dicaci, diperli, kalian sanggup diboikot, hanya kerana untuk islam….. Ingatlah tuluskanlah hati untuk perjuangan ini….. InsyaAllah janji Allah akan datang…….

(Penulis sngat2 meminta maaf andai kata2 penulis bersifat peribadi dan sukar di fahami… penulis mengesyorkan pembaca semua membaca ‘peranan pelajar’ oleh almaududi…. Kerana insya Allah kalian akan lebih memahami kata2 penulis ini… Penulis juga ingin mengambil peluang untuk meminta maaf kepada pembaca semua andai ada dikalangan pembaca yang pernah di kasari oleh penulis… Penulis Insya Allah akan melanjutkan pelajaran di Universiti iman, Yaman pada akhir bulan ini… Iringan doa kalian amat diharapkan…. )

Saturday, May 15, 2010

Daurah Penemu persahabatan

Rabu baru2 nie…. dalam pukul 9.30 pagi tue ana cas henset (dah lama dah bateri kong)….. masa tgh cas tue dapat message no. ana sendiri…..

Maksud dia… ada orang call ana lar….. tapi x dak bateri….. kesian dia…..
Ana pon call dia secepat mungkin……..

INI DIALOG KAMI

Ana: Assalamualaikum hakim….. Ada apa enta call ana …. Ana minta maaf lar tadi bateri ana habis…..

Hakim: erm…. Enta besa lah….. selalu x cas enset (memang pon, x tau pasaipa malas)…. Enta nak pi dak esok ada daurah kat sekolah???

Ana: Erm…. Ana insya Allah pi…… Enta nak pi dak???

Hakim: Insya Allah…. Jangan lupa bagitau kat ehsan sekali……

Ana: Insya Allah…… nanti ana call dia…..


Esoknya ana pon pergi lar ke sekolah dengan sahabat ana ehsan……… Dalam bas tu kami sembang macam2…. Sebab walaupun kami dok kulim sekali, tapi kami jarang berjumpa….. dah berjumpa nie, peluang kami untuk eratkan lagi ukhwah lar kan……. Kan……

Kan Allah berfirman “Innamal mu’minuna ikhwatun….” Ana tak yah translate tak pa…… Antum kan dah faham…..Antum semua pandai-pandai kan……. Dan antum juga tahu bahawa mukmin itu bersaudara tanpa mengenal paras rupa dan harta benda……..

Dan ketahuilah bahawa persaudaraan mukmin itu tak boleh dibeli oleh orang kafir walaupun mereka menawarkan apa yang ada di langit dan di bumi…. Setuju dak apa ana kata??? Betul lar…. Ini firman Allah….ana bagi mafhum dia jer lah…. “kalaulah kamu menginfakkan (membelanjakan ) apa yang ada di bumi semuanya pon, sesungguhnya hati kamu tidak akan sesekali diikat oleh Allah” ini ayat Allah kepada orang kafir…. Mereka tidak ada ikatan satu akidah yang kuat macam kita umat islam….kalau Syed Qutb kata ia (ikatan akidah) adalah tiupan ilahi yang yang khusus daripada Allah untuk penyatuan umat islam…… Dan ikatan kita bukan kerana daerah rumput yang sama seperti kambing belaan…….tetapi kita umat islam ikatan akidah adalah tanah airnya… negerinya …. Dan kekuatannya… (bersastera pulak!! )..

Sebenarnya ana dah nak berangkat ke luar Negara hujung bulan nie….. sebab tue rasa sedih jer bila teringat sahabat2, atau lebih erat lagi ikhwah2…….

Ana p sekolah nie antara lain nak berjumpa dengan sahabat2 lar (dalam masa yang sama ikut dan sama2 buat daurah) ….mungkin nie kali terakhir berjumpa sebelum berangkat….ish sedihnyer nak sambung ceriter nie….

Kami sampai stesen bas yan (x sampai 1 kilo dari sekolah) lebih kurang pukul 5.00 ptg….. Time tu hujan…. Masa kami sampai tu nampaklar 6th gen dok tgh makan kat kedai berdekatan situ…. Wah… Inilah peluang untuk mengcungkil pengalaman mereka!!!
Dah lah dah lama x jumpa depa….. yang pastinya semua melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi… kiranya x dak yang menanam anggur lah…. Ataupun singkatannya MENG-ANGGUR…..

Erm… ana pon minta sedikit nasihat dari mereka sebagai persediaan untuk ke sana….. Biarlah semua nasihat itu menjadi suatu yang berguna untuk diri ana khususnya dan juga kawan ana untuk menempuh hari yang mendatang…. Allah pon banyak suruh kita mengambil pengajaran dari umat2 terdahulu kan…. Nie kira nak beramal dengan ayat quran jugak lar….. Insya Allah…..

Oh… time tu ana teringat hakim…. Dia suruh ana mai…. Tapi dia mai ngan sapa??? Bila??
Oleh sebab inkuiri yang tinggi itu ana kol dia…..

Ana: Salam…. Nie hakim ka????

Hakim: Salam… Ya lar…. Dah enta call ana…. (btol jugak!!)…

Ana: macam mana enta… dalam perjalanan ke sini kar???

Hakim: erm… erm…. Ana x boleh p lar…. Ayah ngan mak ana x izin….. tapi ana memang nak p sangat…. X pa lah… mungkin ada hikmahnyar…..

Ana: oooooo…. Tak pa2…. Setiap sesuatu ada hikmahnya …….. tapi sedih lar… ana x dapat jumpa enta…...Nanti ana nak p dah yaman...

Hakim: x pa2…. Insya Allah ada masa kita berjumpa….nie kirim salam kat semua taw…..

Ana: Ok2, ana akan bagitau…..


Masih terngiang-ngiang lagi suara hakim bersemangat mengajak ana untuk pergi Daurah…. Dia pulak yang tiba2 x leh pi…….. Tapi apakan daya…. Allah merancang begitu akhirnya…..…Mungkin dia mendapat seribu rahmat dan tertolak seribu kecelakaan dengan ketidak hadirannya itu kan?…….. kita kena terima….. Kadang2 yang kita x suka (rasa berat hati ) itu baik untuk kita kan…… Allah lagi tau kan……. Itulah penyejuk hati kita…..

Erm…. Masa sampai sekolah tu ana agak berpuas hati ramai sahabat2 dari MMAS datang…..Itulah Naim, Uzair, Amirul, Fariq, Kro, Ma, Iqbal, dll…. Teringat dari dulu dok buat program sekali n pimpin mmy sama2…. Sama2 belajar untuk SPM….. teringat dok dorm sekali dulu…. Asyik kena marah ja ngan ustaz ahadi sebab kotor….. itu semua kenangan bersama……..Namun sekarang itu semua telah berlalu pergi….

Dan juga lepas solat asar kami juga sempat berjumpa dengan cikgu sue yang kebetulan warden hari tue…. Bila lihat iras wajahnya….. teringat penat lelah mereka mengajar kami… sanggup naik tingkat atas walaupun baru keluar dari kelas adik2 kat bawah semata2 mahu mengajar kami…. Terima kasih guru……

Pengorbanan kalian sedikit terbayar dengan kejayaan SPM kami yang menaikkan Maktab Mahmud Yan di tangga teratas maktab Mahmud di kedah…. Dan juga yang ke 15 dalam senarai sekolah di kedah mendahului SMKAY dan SMKAS dll…… Terima Kasih atas jasa kalian……

Erm…. Kalau nak cerita nie panjang lagi…… Tapi ana agak berpuas hati dengan daurah yang kami jalankan….. dengan kehadiran akhawat yang ramai….. kebanyakan dari mereka juga akan melanjutkan ke IPTA ….. semoga Berjaya di sana……..

Ana nak cerita banyak lagi nie….. sebab rasa seronok sangat jumpa kawan2….. sebab nak berangkat dah…. Tak pa lah…. Walaupun kita akan berjauhan tapi gerak kerja kita sama….. ALLAHU GHAYATUNA…. perincian daurah nanti ana cerita...k....

(ngantuk dah nie….. he….he…he…. minta maaf buat time malam)

Monday, May 10, 2010

Ikhlas YuHasshilun Najah (ikhlas membuahkan hasil)

Monolog dalaman diriku “Wah hebatnyar keikhlasan mereka...... Jauhnyar kita daripada mereka... Ya Allah bagilah kami kekuatan untuk mengikhlaskan diri seperti mereka...”

Itulah antara yang bermain di fikiranku dalam perjalanan ke sekolah time tue.... tak pa nanti ana cerita apa maksud semua nie.....

Ka dah ada yang faham..... Ana x cerita lagi nih..... Hebat betul!!

Ana mulakan dengan kalimah ini.....

Assalamulalaikum warahmatullahi wabarokatuh.......

Wah nampaknya dah lama tak menulis blog nie.....nak kata malas taklah tapi mungkin kerana idea berubah-rubah kot.....Jadi nak tulis tu macam2 main di kepala..... x pa lah kali nie ku gagahkan jua untuk menulis......

Pada 30hb april hari tue ana pergi sekolah sebab dapat information kata ada perjumpaan....(dah lama dah nie cuba nak ingat balik)

Ana pon ingat ramai pergi sekolah.... seronoknya...... tapi bila sampai di sekolah.....
Tengok2... la tak lebih 5 orang pon..... sedihnya.....

Tapi 5 orang pon cukup berharga ..... ana x kisah pon..... sekurang-kurangnya dapat jugak berjumpa daripada tiada orang langsung.....

Dalam tempoh tue macam2 kami buat mandi sungai lar....halaqoh lar....ziarah cikgu lar.....p pasar malam lar.... dan macam2 lagi....

Semua aktiviti yang kami buat best sangat...... nak cerita satu2 pon boleh ..... x palah nanti ada masa ana cerita k.....

Ana sebenarnya ada benda lain nak cerita.... nak cerita keikhlasan tadi nie.... apa yang ana tulis kat mukaddimah tadi tue....

Ana sebenarnya tgh baca buku ‘teladan tarbiyyah dalam bingkai arkanul baiah’ time tue.... sampailah ana baca tue dalam rukun yang kedua yaitu ikhlas.... taukan susunan rukun dia kan.....

Dalam cerita yang sangat banyak tue semuanya menambahkan rasa malu pada perjuangan kita yang asyik terkena gangguan keikhlasan nie...... mesti saja ada rasa lain dalam hati..... syaitan nie ada saja gangguan dia.... tapi ana sangat tertarik dengan satu kisah nie yang sangat terkesan dalam hatie nie..... Malunya ana!!! Mengaku hidup dalam perjuangan tapi tidak setulus mereka memahami keikhlasan!! Ya Allah maafkanlah diriku.....

Biarlah kisah ini menjadi teladan kita dalam melakukan kerja dakwah dan tarbiyyah ini...

Ana ceritakan ya... ana buat ringkas je.... sebab panjang sangat....

Tajuk cerita: Manusia bercadar
Watak:

1) Maslamah (ketua tentera)
2) tentera bertopeng muka
3)insan tak dikenali
4) tentera2 yang lain

“Dalam satu peperangan yang diketuai oleh maslamah.... pada waktu itu muslimin melakukan pengepungan untuk menembus benteng lawan... namun kerana terlalu lama mengepung tanpa berbuah kejayaan memasuki benteng ,maka maslamah pon melakukan pengintaian secara rahsia....

Dia mendapati ada suatu ruang yang boleh ditembus ke benteng sana dan ia memerlukan seorang yang hebat dan licik melakukan ini...

Maslamah pon berbincang di kemah tentang strateginya itu.... maka ia menatap wajah2 yang sesuai untuk dipilih... dan tiba2....

Datang seorang lelaki memakai topeng yang sanggup melaksanakan tugas berat itu.... dan ia sanggup melakukan saat itu jugak kerana memandangkan waktu sangat sesuai....

Maka ia pon berbuat sehingga berjaya masuk benteng dan membunuh pengawal benteng.... Lalu ia bertakbir... Allahu Akbar.... tanda pintu gerbang sudah boleh dibuka.... maka berlakulah pertempuran yang dimenangi oleh umat islam......

setelah selesai, Maslamah ingin tahu siapakah manusia bertopeng itu....... maka Maslamah menyuruh semua mencari siapakah manusia bertopeng itu..... Namun tiada siapa yang mengaku.... ..

Maka setelah lama masa... ada orang bercadar berjumpa maslamah dan bertanya adakah ia masih mencari orang itu.... Maslamah pon mengatakan adakah ‘engkau’.......
Dia mengatakan bahawa dia boleh menunjukkan siapa orang itu andai maslamah ingin tahu jugak.....Tapi dengan tiga syarat.....(sebolehnya dia tidak mahu maslamah tahu)

1- Tak Tanya siapa namanya untuk diingat...
2- Tak beri hadiah padanya apabila berjumpa tanda terima kasih...
3- Tidak menceritakan pada siapapun agar terus tidak diketahui pejuang lain....


Maka maslamah pon berjanji utuk memenuhi permintaan itu dalam keadaan sesal.......
maka ia memberitahu....

“ketahuilah bahawa orang itu adalah yang dihadapan tuan”.....
-Tamat-

Itulah yang membuatkan ana berfikir...... alangkah ikhlasnya mereka dalam berkerja.....
Banding dengan diri.... masih jauh lagi.....
Harap kita boleh buat cam nie.... Boleh tak???
INSYA ALLAH.......

(ulasan ringkas.... pasal dah ngantuk.... he...he...he...)

Tuesday, May 4, 2010

TERIMA KASIH GURU MMY (RINTIHAN PENCINTA BELAIANMU)

Masih jelas diminda….bisikan suaramu..memanggil…….Di situ langkahku bermula
mengejari cita..kau disisi…..Lantas ku utuskan….lagu untuk menyatakan
terima kasih guru…..kerna hulur tanganmu…….ku menghargai setulus jiwaku……bicaramu guru….kan ku ingat selalu….menjadi azimat ….hingga ke akhirnya

Guru..ibarat pelita…sentiasa menyinar…kamar hidupku..Guru..kau pewaris ilmu …..mendidik diriku…..hinggaku berjaya

Andai diberi peluang….inginku terbang tinggi di awangan …kanku petik
bintang-bintang….ku jadikan hadiah untukmu……moga tuhan merahmatimu
Terima Kasih..

Sambil ku menulis bait- bait lagu ini (lagu mirwana yang ana minat) semakin kuat ku terkenang guru-guruku yang tidak penat mengajar ku dan juga sahabat2ku semasa di mmy…dulu

Satu-satu wajah mereka semakin memenuhi minda ini….. Ustaz Ahadi…. Utaz Lah….Ustaz Naser C.Omar… Sir Azman….Ustaz Fadzli…..Ustaz Adam….Ustaz Wan….Ustaz Naser hasan….Ustaz Zaini mereka inilah yang mendidik kami sehingga kami Berjaya….Mereka lebih dekat ana katakana ayah kami di sekolah….

Begitu juga dengan guru-guru perempuan yang tidak penat menggantikan ibu kami dalam mendidik kami sehingga kami menjadi Berjaya…. Cikgu Rubi…Cikgu Jat….Cikgu Rafidah… Teacher Mawar…Teacher Azzu….Cikgu Ton….Ustazah Hamidah….Cikgu Suraya… Ustazah Noraini…Ustazah Rosita…Cikgu Hazli dan lain-lain….Kalian ini memang memainkan peranan ‘ibu’ yang baik kepada kami……Terima kasih kerana mendidik kami semua….

Ku sangat kagumi mereka dengan sentuhan didikan mereka yang tidak dapat ku ungkapkan dengan penulisan ini… Seringkali kami ditanya oleh mereka akan kesihatan kami…pencapaian kami dalam pelajaran… ada sahaja nasihat yang berguna yang diberikan…Setiap kali masuk ke Bilik Guru… Mesti ada sahaja yang menegur kita… (sepatutnya kita yang menegur mereka… Namun kerana tingginya belaian kasih sayang mereka kepada pelajar (kami semua)….mereka lebih mendahului kami dalam menegur…. Ana seringkali malu bila jadi cam nie)….

Bila dalam kelas sebelum mengajar….mesti ada sahaja nasihat yang diberikan…. Lihat siapa yang demam… Teruk ka tak teruk….Kalau teruk perlu di rawat dengan segera….
Wah… Inilah kasih mereka yang tidak dapat ku rasakan di institusi lain selain mmy….
Guru-guruku yang ku cintai…Sebenarnya kami semua dah merasai seksanya tanpa belaian kasih dari kalian semasa kami keluar dari sini….. Kami sangat merasa kekurangan perkara ini…. Ia tidak dapat memenuhi jiwa (masih terasa kosong) kami walaupun guru-guru di luar sana sebahagiannya lebih tinggi ilmu (ada yang phd) daripada kalian…sedarlah perkara itu tidak membawa kepuasan kepada kami…. Melainkan nasihat dan belaian kasih daripada kamu semua….

Boleh saja sebenarnya ku menceritakan sumbangan mereka kepada kami satu persatu… (batapa banyaknya sumbangan mereka…) Satu-satu insan boleh sahaja ku ceritakan…Namun ketahuilah bahawa tidak cukup tangan yang ingin menaipnya….Kerana terlalu banyak yang disumbangkankan oleh kalian…..

Di sini ana nak cerita satu pengalaman kami yang sangat-sangat tidak dapat dilupakan….Ada banyak sebenarnya …… Namun andaiku terlalu banyak menulis mungkin ku akan seronok sendirian…. Biarlah sedikit2 dari masa ke masa ku menulis…..
Ada seorang guru daripada guru-guru kami yang dicintai itu mengajar kami pada setiap petang… selalu waktu dia mengajar tu waktunya lewat-lewat sikit …..Bukan maksudnya guru nie masuk lewat tapi waktunya last atau second last macam tu lar…..
Setiap kali dia mengajar tu sangat kami suka… dia juga selepas kelas mesti saja menegur kami dan memberi nasihat …Kami senior-senior seringkali ada saja problem yang dilakukan… dari sudut kebersihan hinggalah pada sudut akhlak….. setiap kali dia tegur, kami rasa sayu menyelubungi seluruh kelas…. Nasihat yang diberikan sangat-sangat menyentuh hati kami ini….biarlah ku tidak menyebut nama insan keramat ini….biarlah ia menjadi rahsia… dan seringkali kami lihat air mata keluar dari mata insan barakah ini…. Kami dapat rasakan bahawa betapa ikhlasnya seorang ‘ibu’ menegur kami……semua pelajar diam tanda setuju dengan apa yang dicakap…. Kami pun secara tidak perasan turut menitiskan air mata… Terasa di jiwa ini bahawa ikhlasnya guru-guru kami dalam mendidik kami…..TERIMA KASIH GURU…..

Nasihat kamu semua akan kami jadikan pedoman dalam hidup kami….
Biarlah penulisan berhenti di sini….tetapi ketahuilah hati ini masih mencoretkan jasa-jasa kalian yang tersangat banyak itu…. Namun insya Allah…akan ku tulis apa yang termampu ku menulis pada berikutnya…..TERIMA KASIH GURU…..