RSS

Tuesday, May 4, 2010

TERIMA KASIH GURU MMY (RINTIHAN PENCINTA BELAIANMU)

Masih jelas diminda….bisikan suaramu..memanggil…….Di situ langkahku bermula
mengejari cita..kau disisi…..Lantas ku utuskan….lagu untuk menyatakan
terima kasih guru…..kerna hulur tanganmu…….ku menghargai setulus jiwaku……bicaramu guru….kan ku ingat selalu….menjadi azimat ….hingga ke akhirnya

Guru..ibarat pelita…sentiasa menyinar…kamar hidupku..Guru..kau pewaris ilmu …..mendidik diriku…..hinggaku berjaya

Andai diberi peluang….inginku terbang tinggi di awangan …kanku petik
bintang-bintang….ku jadikan hadiah untukmu……moga tuhan merahmatimu
Terima Kasih..

Sambil ku menulis bait- bait lagu ini (lagu mirwana yang ana minat) semakin kuat ku terkenang guru-guruku yang tidak penat mengajar ku dan juga sahabat2ku semasa di mmy…dulu

Satu-satu wajah mereka semakin memenuhi minda ini….. Ustaz Ahadi…. Utaz Lah….Ustaz Naser C.Omar… Sir Azman….Ustaz Fadzli…..Ustaz Adam….Ustaz Wan….Ustaz Naser hasan….Ustaz Zaini mereka inilah yang mendidik kami sehingga kami Berjaya….Mereka lebih dekat ana katakana ayah kami di sekolah….

Begitu juga dengan guru-guru perempuan yang tidak penat menggantikan ibu kami dalam mendidik kami sehingga kami menjadi Berjaya…. Cikgu Rubi…Cikgu Jat….Cikgu Rafidah… Teacher Mawar…Teacher Azzu….Cikgu Ton….Ustazah Hamidah….Cikgu Suraya… Ustazah Noraini…Ustazah Rosita…Cikgu Hazli dan lain-lain….Kalian ini memang memainkan peranan ‘ibu’ yang baik kepada kami……Terima kasih kerana mendidik kami semua….

Ku sangat kagumi mereka dengan sentuhan didikan mereka yang tidak dapat ku ungkapkan dengan penulisan ini… Seringkali kami ditanya oleh mereka akan kesihatan kami…pencapaian kami dalam pelajaran… ada sahaja nasihat yang berguna yang diberikan…Setiap kali masuk ke Bilik Guru… Mesti ada sahaja yang menegur kita… (sepatutnya kita yang menegur mereka… Namun kerana tingginya belaian kasih sayang mereka kepada pelajar (kami semua)….mereka lebih mendahului kami dalam menegur…. Ana seringkali malu bila jadi cam nie)….

Bila dalam kelas sebelum mengajar….mesti ada sahaja nasihat yang diberikan…. Lihat siapa yang demam… Teruk ka tak teruk….Kalau teruk perlu di rawat dengan segera….
Wah… Inilah kasih mereka yang tidak dapat ku rasakan di institusi lain selain mmy….
Guru-guruku yang ku cintai…Sebenarnya kami semua dah merasai seksanya tanpa belaian kasih dari kalian semasa kami keluar dari sini….. Kami sangat merasa kekurangan perkara ini…. Ia tidak dapat memenuhi jiwa (masih terasa kosong) kami walaupun guru-guru di luar sana sebahagiannya lebih tinggi ilmu (ada yang phd) daripada kalian…sedarlah perkara itu tidak membawa kepuasan kepada kami…. Melainkan nasihat dan belaian kasih daripada kamu semua….

Boleh saja sebenarnya ku menceritakan sumbangan mereka kepada kami satu persatu… (batapa banyaknya sumbangan mereka…) Satu-satu insan boleh sahaja ku ceritakan…Namun ketahuilah bahawa tidak cukup tangan yang ingin menaipnya….Kerana terlalu banyak yang disumbangkankan oleh kalian…..

Di sini ana nak cerita satu pengalaman kami yang sangat-sangat tidak dapat dilupakan….Ada banyak sebenarnya …… Namun andaiku terlalu banyak menulis mungkin ku akan seronok sendirian…. Biarlah sedikit2 dari masa ke masa ku menulis…..
Ada seorang guru daripada guru-guru kami yang dicintai itu mengajar kami pada setiap petang… selalu waktu dia mengajar tu waktunya lewat-lewat sikit …..Bukan maksudnya guru nie masuk lewat tapi waktunya last atau second last macam tu lar…..
Setiap kali dia mengajar tu sangat kami suka… dia juga selepas kelas mesti saja menegur kami dan memberi nasihat …Kami senior-senior seringkali ada saja problem yang dilakukan… dari sudut kebersihan hinggalah pada sudut akhlak….. setiap kali dia tegur, kami rasa sayu menyelubungi seluruh kelas…. Nasihat yang diberikan sangat-sangat menyentuh hati kami ini….biarlah ku tidak menyebut nama insan keramat ini….biarlah ia menjadi rahsia… dan seringkali kami lihat air mata keluar dari mata insan barakah ini…. Kami dapat rasakan bahawa betapa ikhlasnya seorang ‘ibu’ menegur kami……semua pelajar diam tanda setuju dengan apa yang dicakap…. Kami pun secara tidak perasan turut menitiskan air mata… Terasa di jiwa ini bahawa ikhlasnya guru-guru kami dalam mendidik kami…..TERIMA KASIH GURU…..

Nasihat kamu semua akan kami jadikan pedoman dalam hidup kami….
Biarlah penulisan berhenti di sini….tetapi ketahuilah hati ini masih mencoretkan jasa-jasa kalian yang tersangat banyak itu…. Namun insya Allah…akan ku tulis apa yang termampu ku menulis pada berikutnya…..TERIMA KASIH GURU…..

0 comments:

Post a Comment