RSS

Thursday, May 20, 2010

Perjuangan menentang kebatilan...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh…….

Segala puji bagi Allah atas kehendaknya yang menjadikan kita khalifah Allah serta selawat dan salam kepada rasulillah atas perutusannya sebagai rasul sebagaimana firman Allah (rusulan mubassyyirina wa munzirin ) menunjukkan kita jalan yang baik untuk kita betul2 sampai kepada pangkuan Allah secara benar……

Baru berapa hari penulis mengikuti daurah di maktab Mahmud yan……. Daurah itu juga Berjaya membekas dengan baik dalam diri peserta…. Alhamdulillah…..

Di sini ku ungkapkan kata2 yang ku yakini inilah kata2 yang keluar dari hati yang tulus mengerjakan amal untuk islam…. walau di mana berada darah merekalah yang mengalir jatuh atas nama memperjuangkan islam….. ku syukuri kerana makin ramai daripada kita semakin memahami peranan kita sebagai umat islam terutama pada diri penulis yang agak baru dalam kefahaman ini…… ku tuliskan kembali kata2 yang sama2 menjadi harapan kita untuk menggalas tanggungjawab dan amanah yang berat ini….
.
“apa yang kita perolehi adalah perancangan ALLAh untuk kita...
salam perjuangan buat yang bakal menempuh medan perjuangan baru..
ingatlah.. perjuangan terbesar adalah perjuangan hawa nafsu.. “

“salam bg saudara2 dkt u nnti....hrp brsabar kelak menempuh ujian dsana..kuatkan iman ckalkan hati.slalulah kmbali pdaNYA...brsma kita berjuang utk agama,bangsa,negara n ummah...smpai bertemu kalian d syurga.....................amen…”

“Semoga daurah yang bakal di adakan pada petang ini akan lebih lagi mengeratkan ukhwah antara kita..^_^”

“Alhamdulillah..daurah kali ni mmg berkesan.sama2 lah kita bina ukhuwah yg terjalin dgn lebih erat..
Ameen.....
Mudah-mudahan....
Harap tarbiyyah sebegini dapat terus berjalan di mana kita berada....
ALLAHU GHAYATUNA!!!
insyaALLAH....”

“alhamdulillah..daurah yg diadakan baru2 ni mmg terkesan dlm diri ana..moga2 ia menjadi wasilah kpd semua untuk menegakkan kalimah Allah wlu di mana jua kita berada”

“semoga dauroh yg diadakan terus berterusan walaupun bilangan kita semakin sedikit...... pasti ada hikmah sebaliknya...”


Tidak terungkap kata dari diri penulis yang terkesima bahawa inilah lahirnya pemuda dan pemudi baru yang akan bergerak untuk mengembalikan semula jiwa islam yang gemilang suatu ketika dahulu….

Mengapa penulis ungkapkan begini??? Ketahuilah bahwa penulis sangat sedar bahawa kita sekarang nie hidup dalam masyarakat yang dilatih secara barat….. diajar untuk mengagumi ilmu sehinggakan agama diketepikan….. sanggup berjuang untuk ilmu tetapi lupa berjuang untuk tegakkan islam….

Kita tidak pelik andai banyak dari kita di marahi kerana gagal dalam periksa….. tetapi berapa ramai yang di marah kerana mesej yang bukan2, solat yang sengaja dilewatkan, quran yang tak di baca.... bukankah masalah ini terus menular dalam masyarakat???

Jadi tidak bolehkah penulis rasa kagum dengan lahirnya jiwa2 baru yang akan meruntuhkan jiwa2 kebaratan ini???....

Penulis juga sedar…. Pertemuan itu (daurah) mungkin yang terakhir bagi penulis sebelum berangkat meninggalkan sebentar bumi kelahiran penulis ini….. Harap diri ini terus tsabat dalam bergerak untuk islam…. begitu juga dengan sahabat2….. Ana doakan kita sama2 berjaya untuk diri kita dan islam….

Wahai sahabat-sahabatku ,dan juga mungkin juga adik-adikku , dan mungkin juga senior-seniorku...

Ku tahu jiwa kalian sarat dengan kefahaman islam yang syumul… dan juga akidah yang kalian miliki adalah akidah yang benar…. Apakah kata kalian yang menjunjung kalimah Allah dalam diri kalian akan berita yang benar2 merengsakan jiwa kita ini…… ketahuilah sistem Negara kita yang teruk sekarang ini telah menghasilkan kefahaman yang tidak betul dalam jiwa umat islam khususnya…. Ku harap kalian sanggup menghabiskan sedikit masa atau sebanyak mungkin untuk bergerak membetulkan kembali permasalahan ini…. Dengarlah ungkapan2 yang direkod oleh penulis sebagai tanda sistem persekolahan yang teruk di luar sana atas kefahaman yang silap ini…..

ALOR STAR: Ketegasan seorang guru disiplin di sebuah sekolah di Ayer Hitam, dekat sini, mendisiplinkan pelajar bermasalah dibalas dengan kenderaan miliknya dilontarkan bom petrol, malam kelmarin.
Bom petrol itu dilontarkan pada kereta guru berkenaan sebagai amaran berikutan tindakannya
merotan pelajar yang melanggar peraturan ketika sesi persekolahan.
Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, guru terbabit sedang menonton televisyen bersama keluarga di rumahnya di Kampung Teluk Tui, Jerlun, dekat sini, sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan di hadapan rumah.


Aduh…. Pedih benar jiwa kita yang sangat2 mengharapkan islam kembali mentadbir dunia kita…….
Beginilah jadinya andai agama diketepikan dalam sistem pelajaran kita….. Bagaimanakah kita ingin mengharapkan makin ramai jiwa yang ikhlas akan berkerja untuk islam andaikata kereta guru sendiri sanggup di Bom…. Wahai sahabat ingatlah kerja ita masih banyak….. Janganlah kita melepaskan tangan kita dengan alasan.. ”ana x sempurna”, “aku pon jahat..” dll….

Ingatlah sesungguhnya makin ramai yang teruk dalam sistem penjajah yang jahat ini…. Janganlah kita2 sama2 teruk macam orang lain sedangkan kita telah ditarbiyyah dengan baik oleh MMY dulu…… Ayuh sama2 memperbaiki diri dan betulkan orang lain……

Penulis harap kalian sanggup untuk menahan diri dari dicaci, diperli, kalian sanggup diboikot, hanya kerana untuk islam….. Ingatlah tuluskanlah hati untuk perjuangan ini….. InsyaAllah janji Allah akan datang…….

(Penulis sngat2 meminta maaf andai kata2 penulis bersifat peribadi dan sukar di fahami… penulis mengesyorkan pembaca semua membaca ‘peranan pelajar’ oleh almaududi…. Kerana insya Allah kalian akan lebih memahami kata2 penulis ini… Penulis juga ingin mengambil peluang untuk meminta maaf kepada pembaca semua andai ada dikalangan pembaca yang pernah di kasari oleh penulis… Penulis Insya Allah akan melanjutkan pelajaran di Universiti iman, Yaman pada akhir bulan ini… Iringan doa kalian amat diharapkan…. )

0 comments:

Post a Comment