RSS

Tuesday, August 24, 2010

HIDUP DALAM IBADAT!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.....

Alhamdulillah dengan izin Allah kita dapat berjumpa lagi....
Apa khabar sahabatku semua....Harap semua dalam keadaan sihat wal afiat.....

Penulis sendiri cukup terasa beban dengan kerja yang sedang penulis tanggung dalam masa terdekat nie....Kalau penulis nak titipkan untuk pengetahuan semua rasanya akan terkejut pembaca sekalian....

Biarlah penulis menyelesaikan masalah ini seorang diri... (cewah, sedih lar pulak....)

Sahabat2,Dalam bulan Ramadan yang Mulia ini adakah kita tidak sempat melakukan ibadah kepada Allah??? Jika kita sibuk dengan kerja kita nie....

Sibuk dengan kerja sampai tidak mahu beritahu orang lain.... Adakah itu tanda kehidupan akhirat dan dunia kita dah terasing??

Ketahulah sahabat2, Mohd Qutb dalam bukunya 'Qubasat Min Rasul' telah menjelaskan kepada kita panjang lebar erti ibadat kita yang sangat luas ini....
Ibadat yang khas untuk orang islam sahaja....

Abu A'la Almaududi juga ada menukilkan dalam 'Asas-asas Islam' bahagian tujuan ibadah yang sangat jelas memberitahu kita bahawa......

SEBARANG BENTUK PENGABDIAN DIRI KEPADA ALLAH DALAM ERTI MENUNTUT KEREDAAN ALLAH ADALAH IBADAT

Jadi sahabat2 macam mana dengan kerja kita nie.... Sekiranya kita lakukan semua ini kerana mengharapkan redha Allah nescaya pahala sentiasa shaja dialirkan kepada kita tidak putus2....

TIDAK PUTUS-PUTUS!!!

Ya, Tidak putus-Putus..... Kerana itu adalah ibadat.... Tambahan pula kita sekarang nie dalam bulan ramadan.....Insya Allah berganda2 pahala....

Jadi Apa Lagi???

Ayuh perbetulkan Niat Balik... Jangan terlalu beremosi sehingga 'Bengang'dengan kerja..

Aduh... apa nilainya kita beremosi negatif sehinggakan kita mengenepikan pemberian tuhan yang tercurah-curah ini....

-Ku Yakini Islam jelas mengawasi setiap kehidupanku sehinggakan setiap ruang ku tidak terlepas dari islam-

(Ditulis di bawah pohon yang rendang di sebelah pondok guard bersama beberapa sahabat dari majmuah 6 (khair, salam dan ehwan)....)
6.19 p.m
24/3/10

Tuesday, August 17, 2010

Beraksi pada Ramadhan # Dakwah kita

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh…..
Salam sahabat- sahabat sekalian... Harap semuanya dalam keadaan sihat selalu….
Macam mana dengan ramadhan tahun nie???

Adakah kita sedang mengejar pahalanya atau…..
Sedang bersukaria seperti biasa umpama insan yang tidak mengenal erti pengabdian??

Sahabat-sahabatku ayuh lah jadikanlah bulan nie sebagai ledakan amal kita, ledakan fikrah kita dan ledakan kehidupan kita…..

Insya Allah sama2 kita berkerja ke arah itu…..

Ayuh muhasabah balik setakat mana amalan kita sebelum nie…..
Ayuh perbaiki kembali….

Ayuh pula kita merancang jadual kita....
Sesungguhnya Allah amat suka kepada orang islam yang melakukan kerja dalam keadaan yang terurus…
Sedar tak??
Jadi… Fikir-fikirlah….

Juga ku titipkan satu peringatan terbesar buat diri ini…
Juga pada sahabat2 kalian….

Pada kita yang mengaku melakukan kerja dakwah islam nie……
Ayuh Renunglah….

diharap para daie membacanya dalam keadaan menghayati peranannya yang besar untuk ummah
Mungkin ini rintihan yang benar yang kita kita tidak sedar dari mereka yang sekeliling kita......


-Dimanakah cinta kalian-


Dimanakah cinta kalian
Di kala AKU memerlukan

Malam hari kalian ke masjid
Sedang di jalanan AKU merempit

Kalian sibuk bertilawah taranum Al-Quran
Sedang AKU dibiarkan tanpa panduan Al-Quran

Malam hari kalian bertahajud menyembah tuhan
Sedang AKU bersama rakan berpeleseran

Heboh kalian bercerita bab kemungkaran
Sedang AKU riang ria dibiarkan mencuri sakan

Bersusah payah kalian mencari redha tuhan
Hinggakan AKU dipandang hina tanpa kasihan

Perempuan motor dan rokok menjadi teman
Kerana kalian terlalu ‘agung’ untuk diteman

Ana enta kalian berkasih sayang
Sedang AKU ber ‘abang sayang’

Syurga menjadi matlamat kalian
Hingga AKU ke neraka kalian lupakan

Cinta kepada tuhan kalian kejarkan
Hingga tiada cinta kepada sahabat kalian

Adakah cinta dan syurga Allah hanya milik kalian
Sedang AKU dibiarkan tanpa tahu kewujudan?

Adakah hidup ini hanya kalian dan tuhan
Tanpa ada hubungan dengan persekitaran?

Siang malam kalian berusrah meningkatkan iman
Sedang AKU berpesta siang malam laki perempuan

Adakah keindahan usrah hanya untuk kalian
Sedang AKU dibiarkan maharajalela di jalanan?

Kalian begitu selesa
Sedang AKU sengsara

Andai aku ke neraka dan syurga milik kalian
Akan ku ungkit agar AKU bertemankan kalian!

“Sungguh, orang-orang yang menyembunyikan apa yg telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk, setelah Kami jelaskan kepada manusia dlm Kitab (Al-Quran), mereka itulah yang dilaknat Allah dan dilaknat pula oleh mereka yg melaknat.” (2:159)

Jadi sahabat2 macam mana dengan tindakannya....
Ayuh kita bersama2 membiarkan orang lain juga merasai apa yang kita rasa tentang manisnya islam itu....
Cadangan ana semua kita fahamkam buku asas- asas Islam.....
Dan biarkan mereka juga memahami dengan baik.....

(Penulis sendiri berazam atas cadangan naqib untuk meledakkan lagi kefahaman penulis dengan membaca buku asas-asas islam - almaududi pada masa ini...)

Ayuh kita sama2....

Saturday, August 7, 2010

Bulan Berkat Kembali Bertandang

salaamun salaam...

Kami tunggu tetamu agung,
Kami menanti datangnya,
Pasti peluang datang menggunung,
Ya Rab, sampaikan kami padanya.



Dia akan datang, dia bakal tiba. Tidak lama lagi, hanya menunggu masa. Kami haru dalam teruja, bersyukur! Bersyukur kerana masih berpeluang untuk menanti tibanya dia, yang lama sudah kami tunggu, sejak peninggalannya dahulu.

Berbahagialah, kerana Tuhan kirimkan dia bersama-sama kasih dan cinta-Nya. Sambutlah dia, dakap erat tiap satu peluang yang ada padanya, rebut dan kejarlah. Hayatilah, tandangnya yang seketika- pejam celik nanti, dia sudah mahu pergi. Redhalah, relakan tarbiyyah Tuhan menyentuh hati, moga menyuci dan terang sanubari. Cintalah, jangan dianggap datangnya dia sebagai beban yang memberat,panasnya menyengat, siangnya penat tapi ketahui, padanya jutaan berkat!

و بلغنا رمضان...

Ya Rabb, kami mohon disampaikan umur untuk bertemu dengannya. Izinkan kami merasa lagi lembut dan hangat kasih-Mu yang indah, melakar laluannya. Izinkan lagi, kejernihan nan dingin malam-malamnya mengusap wajah kami bersama-sama doa tulus pada-Mu. Moga penantian menemukan, bukan lagi mimpi yang entah mungkin atau tidak. Terima kasih, ya Rabbanaa… maka kami yakin akan Kau datangkan yang terbaik jua buat kami.
Jadi, sudah bersedia mahu sambut dia?

Ballighnaa yaa Rahmaan, ila Ramadhaan
WAllahu a’lam



Kami amat merinduimu, ya RAMADHAN~

Tuesday, July 27, 2010

Yang mana perlu diutamakan..!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh……
Apa khabar sahabat2 semua….. Ana harap kita semua dalam keadaan sihat hendaknya……Maklumlah sekarang nie kita berada di bulan yang agak sibuk…….yang UPSR, PMR dan SPM sibuk dengan studi untukperiksa diorang….. yang STAM sibuk dengan peperiksaannya (percubaan bulan lapan)…..

Macam tu jugak yang berada di Universiti pun…. Sibuk dengan assignment yang semakin menebal…..Dan peperiksaan yang semakin hampir…….

Itu tidak kira lagi kerja yang melibatkan persatuan… program…. Dan macam2 lagi……. Tidak mengapa sahabatku, yakinlah semua itu ada balasannya….. kita just teruskan kerja kita…… Insya Allah jika kita lakukan dengan ikhlas kerana islam, kita akan mendapat balasan yang melaut luasnya daripada Allah….Ameen……

Baru2 nie ana ada mengikuti satu Karnival harmoni yang diadakan di Central square, sungai Petani …Program itu dilaksanakan selama tiga hari (23,24,25/7)….Program ini diadakan oleh Hidayah Centre, Jim- Ikram sungai Petani…..Program ini lebih bertujuan untuk memahamkan islam dengan lebih mendalam kepada non muslim khususnya….. Dan juga untuk mendekatkan lagi muslim dengan agamanya….. Antara pengisian dalam tu juga ttg saudara kita di Palestin… Penulis sendiri hanya sempat berada di situ pada hari terakhir sahaja….. Bagaimanapun Alhamdulillah.. dapat juga penulis melihat bagaimana keadaan masyarakat islam kita sekarang…..

Buat pengetahuan semua program itu diadakan di tingkat lima pasaraya itu…. Di situ lah tempat bowling.. tempat games, karaoke dll…… Memang sungguh memberi ujian kepada kami…. Sahabat2 cuba bayangkan bagaimana mereka yang datang atas alasan nak berkaraoke, nak main bowling di ajak untuk mengikuti program nie…… Wah sungguh2 mencabar……

Namun penulis bukan nak cerita program itu secara detail satu persatu…. Namun penulis tergerak untuk menceritakan satu peristiwa yang sangat mendukacitakan kita sebagai muslim yang mengaku melakukan kerja islam nie……

Sebenarnya dalam program tu.. kami ada menganjurkan kuiz tentang islam. Kuiz ini secara bertulis shj...Memang ramai yang melibatkan diri…… kami diamanahkan untuk mendekati setiap individu untuk melihat sejauh mana mereka memahami islam…..
Sekali itu… ana ada bertanya pada seorang nie…..Buat pengetahuan semua dia ini adalah melayu beragama islam….
__________________________________________________________________________________
Ana:Eh, Boleh jawab dak soalan tue????
Orang tu: Aduh… tak reti lar….. Allah menurunkan kita apa aah pada nabi Muhammad???
Ana: (Sangat terkejut!!! mana mungkin seorang muslim tidak mengetahui kitab yang diturunkan kepada nabi yang sepatutnya ia ikuti… sedangkan dia bahkan dituntut untuk membacanya setiap hari….)
_____________________________________________________________________________________

Maka ana pun bagitahulah dalam keadaan sangat sedih….. bukan sedih pada mereka…. Tetapi sedih kerana kita telah mengabaikan mereka ini…… Ya Allah maafkanlah kami….

Sahabat….itulah realiti umat islam yang kita perlu ketahui…… Kita sedih kenapa ramai umat islam yang memahami islam lebih cenderung untuk berhujjah mengatakan ini Bida’h… Dosa baca Yassin malam jumaat… tahlil x boleh….dll…

Sahabat2 ketahuilah itu hanyalah perkara furu’……… Ayuh kita sama2 berlapang dada dan sama2 melihat keadaan umat sekarang….. kebanyakan mereka tak sedar pun bulan ramadhan bila…… kalau bulan ramadhan pun tak kenal… macam mana nak puasa??? Ini hakikat yang ana sedar sewaktu ana bertanya pada seseorang di situ (central square)

Umat islam sekarang ini mempunyai masalah akidah yang teruk…… Ayuh kita selaku ahli agama berlapang dada terhadap perkara furu’ dan sama2 menyelesaikan masalah akidah nie…..

Mungkin itu sahaja untuk kali ini…. Ana kena siapkan diri untuk kelas BI 15 minit lagi…. Kita jumpa lagi…. Salam harapan dari sahabatmu……

_ISLAM TIDAK TETEGAK DENGAN SENDIRI…. AMANAH ITU DI ATAS PUNDAKMU_