RSS

Saturday, August 7, 2010

Bulan Berkat Kembali Bertandang

salaamun salaam...

Kami tunggu tetamu agung,
Kami menanti datangnya,
Pasti peluang datang menggunung,
Ya Rab, sampaikan kami padanya.



Dia akan datang, dia bakal tiba. Tidak lama lagi, hanya menunggu masa. Kami haru dalam teruja, bersyukur! Bersyukur kerana masih berpeluang untuk menanti tibanya dia, yang lama sudah kami tunggu, sejak peninggalannya dahulu.

Berbahagialah, kerana Tuhan kirimkan dia bersama-sama kasih dan cinta-Nya. Sambutlah dia, dakap erat tiap satu peluang yang ada padanya, rebut dan kejarlah. Hayatilah, tandangnya yang seketika- pejam celik nanti, dia sudah mahu pergi. Redhalah, relakan tarbiyyah Tuhan menyentuh hati, moga menyuci dan terang sanubari. Cintalah, jangan dianggap datangnya dia sebagai beban yang memberat,panasnya menyengat, siangnya penat tapi ketahui, padanya jutaan berkat!

و بلغنا رمضان...

Ya Rabb, kami mohon disampaikan umur untuk bertemu dengannya. Izinkan kami merasa lagi lembut dan hangat kasih-Mu yang indah, melakar laluannya. Izinkan lagi, kejernihan nan dingin malam-malamnya mengusap wajah kami bersama-sama doa tulus pada-Mu. Moga penantian menemukan, bukan lagi mimpi yang entah mungkin atau tidak. Terima kasih, ya Rabbanaa… maka kami yakin akan Kau datangkan yang terbaik jua buat kami.
Jadi, sudah bersedia mahu sambut dia?

Ballighnaa yaa Rahmaan, ila Ramadhaan
WAllahu a’lam



Kami amat merinduimu, ya RAMADHAN~

0 comments:

Post a Comment