RSS

Saturday, November 6, 2010

Usaha yang berpanjangan!


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh……

Apa khabar ikhwah akhawat semua yang dirohmati Allah….. Harap semua sihat2 belaka deh…..Alhamdulilah sekarang ana berada di Kelantan menyambung study di Um nilam puri….Baru sampai pagi tadi…. Naik bas dari semalam… syukur Alhamdulillah allah takdirkan akhirnya sampai jua…

Bingkisan ini ku tujukan pada sahabat2ku yang kini sedang bergelut dengan perjalanan hidup masing2…. Ku yakini di jiwa kalian ada satu kemahuan yang tinggi untuk mengembalikan islam sepertimana yang kita soroti pada kisah2 umat islam yang gemilang dahulu…. Dan juga ku ketahui bahawa selaras dengan itulah kalian menyibukkan diri kalian sekaligus meletakkan diri kalian sebagai insan yang berkerja untuk diin yang kita cintai ini….. Alhamdulillah syukur pada Allah…

Sahabatku yang ku cintai……

Dalam kita melakukan agenda dakwah dan tarbiyyah ini…. Ku sangat fahami terkadang kita seringkali merasa lemah, kurang sokongan, tiada kekuatan…..dll yang cuba menghalang langkah kerja kita itu….

Namun sahabat2ku….

Ku Nampak kalian masih berdiri tegak meneruskan gerak kerja ini…. Tanpa mengira peluh yang tumpah, masa yang diluangkan……Alhamdulillah….
Kenapa.. kenapa dan kenapa???

Kenapa kita masih sanggup meneruskan perjuangan ini???

Sahabatku……

Ku ingatkatkan diri kita semula….. Gerak kerja yang tulus ikhlas ini akan merentasi lautan serangan, gangguan dan sekatan dari musuh2 yang berusaha sehabis mungkin untuk menggagalkan usaha kita ini…..

Ayuh sahabatku….

Jom sama2 kita teruskan……

Kejayaan ada di sana….. Ameen Ya Robb…. Perkenankanlah hasrat kami…..

Shauqi . bilik 201. 12.29 tgh hari 6.11.2010

Tuesday, October 26, 2010

paling aneh di dunia!

Selepas Samarkand jatuh ke tangan tentera Islam, padri besar negeri itu mengutus surat kepada khalifah Islam, Amirul-Mu’minin Umar bin Abdul Aziz. Di dalam surat tersebut dia mendakwa panglima tentera Islam, Qutaibah serta angkatan tenteranya telah memasuki Samarkand tanpa amaran dan tanpa seruan dakwah kepada Islam.


Umar mengarahkan hakim yang dilantik untuk bertugas di Samarkand bernama Jumay’ supaya membicarakan kes yang didakwa oleh padri besar tersebut.



Hakim memanggil kedua-dua pihak, pendakwa (padri besar Samarkand) dan yang didakwa (Qutaibah, panglima angkatan tentera Islam). Qutaibah dipanggil oleh petugas mahkamah atas nama peribadinya, tanpa dikaitkan dengan sebarang gelaran.


Datanglah Qutaibah ke mahkamah. Dia duduk bersebelahan padri besar Samarkand di hadapan hakim Samarkand yang muslim.


Hakim memulakan perbicaraannya dengan mengajukan soalan kepada padri besar Samarkand:
- Apakah dakwaan kamu wahai orang Samarkand?
- Qutaibah dan tenteranya telah memasuki dan menakluki negeri kami tanpa menyeru kami kepada Islam terlebih dahulu dan memberi tempoh kepada kami untuk kami membuat keputusan mengenai pendirian kami!


Hakim berpaling kepada Qutaibah seraya bertanya:
- Apa jawapan kamu terhadap dakwaan ini wahai Qutaibah?
- Peperangan adalah tipu muslihat. Samarkand merupakan negeri yang besar. Semua negeri-negeri di sekitarnya melawan kami. Mereka tidak menerima Islam dan tidak mahu membayar jizyah.
- Wahai Qutaibah! Adakah kamu telah menyeru mereka (penduduk Samarkand) kepada Islam atau membayar jizyah atau perang?
- Tidak! Sebaliknya kami terus serang mereka secara mengejut dengan alasan yang telah saya sebutkan tadi.
- Aku mendapati kamu telah mengaku. Dan apabila pihak yang didakwa mengaku, selesailah perbicaraan. Wahai Qutaibah! Allah tidak menulung umat ini melainkan dengan (berpegang kepada) agama, menjauhi tipu daya dan menegakkan keadilan.


Kemudian hakim mengisytiharkan keputusan penghakimannya:
- Kami memutuskan supaya semua orang Islam dikeluarkan dari bumi Samarkand, merangkumi pemerintah, tentera, orang-orang lelaki, kanak-kanak dan wanita. Mereka hendaklah mengosongkan kedai-kedai dan rumah-rumah mereka. Jangan ada seorangpun orang Islam yang tinggal di Samarkand!


Padri besar terpinga-pinga,tidak percaya dengan apa yang dilihat dan didengarnya. Tanpa bukti, tanpa saksi, perbicaraan selesai dalam masa beberapa minit sahaja. Padri besar dan orang-orang Samarkand yang turut hadir dalam mahkamah ketika itu, tidak menyedari bahawa perbicaraan telahpun selesai kecuali setelah melihat hakim, Qutaibah dan para petugas bangun dan beredar.


Hanya beberapa saat saja selepas itu, penduduk Samarkand mendengar deringan suara loceng memenuhi angkasan, debu-debu berterbangan memenuhi setiap ruang dan bendera-bendera kelihatan berkibaran di sebalik debu-debu yang bertiupan. Mereka tertanya-tanya kehairanan, apa yang telah terjadi? Lalu diberitahu kepada mereka bahawa pemerintahan Islam telah ditamatkan dan angkatan tenteranya telah ditarik keluar. Satu pemandangan yang sungguh menakjubkan dan menggemparkan.


Dan terbenam sahaja matahari pada hari itu, anjing-anjing berkeliaran di jalan-jalan yang sunyi, suara-suara tangisan bersahutan dari setiap rumah menangisi pemergian satu umat yang adil lagi penyayang dari negeri mereka. Lantas padri besar dan seluruh penduduk Samarkand tidak dapat menahan diri lebih lama lagi. Mereka keluar berarak beramai-ramai dikepalai padri besar menuju ke arah angkatan tentera Islam sambil melaungkan syahadah bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah.


Ya Allah! Betapa hebatnya kisah ini. Betapa gemilangnya lembaran sejarah Islam yang agung.


Pernahkah anda dengar satu angkatan tentera menakluk sebuah kota, kemudian penduduk kota itu membuat dakwaan ke atas tentera yang menakluk, dan akhirnya tentera yang menakluk itu kalah dalam perbicaraan dan diperintahkan keluar dari kota yang telah ditakluknya?
Demi Allah! Kita tidak akan temui kisah serupa ini dalam sejarah mana-mana umat di dunia ini selain dari umat Islam!


Dipetik dari buku ‘Qasas min at-Tarikh’ oleh Syaikh Ali at-Tantawi

Saturday, October 16, 2010

Penyelesaian!!!

Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah-wajah mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti serigala-serigala buas, tidak sedikit pun di hati mereka rasa belas kasihan.
Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak berhenti dari (melakukan) kekejian....
(Hadith Riwayat Thabrani- Kitab Al-Mu’jam Al-Kabir)

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarokatuh….

Semalam 14/10, emak penulis hampir diragut di hadapan rumah penulis... Ketika itu umi sedang parking untuk masuk ke rumah.. Tiba2 ada orang bertopi keledar datang masuk kawasan halaman rumah dan... membuka pintu kereta mencari barang yang akan diragutnya...

Umi yang masih tengah memegang gear terkejut... lantas menjerit... penulis yang berada di atas rumah trus menerpa ke bawah.... Peragut yang ketakutan lari... Umi yang tidak sempat menolak gear ke P telah tertolak ke R.... dan tiba2.. kereta bergerak ke belakang... Pintu kereta dalam keadaan terbuka.... Umi terjatuh dari sisi kereta dan terlekat di pagar... semua berlaku dalam waktu yang singkat... Penulis turun dalam keadaan umi dah berada di pagar.... terlekat di situ....

Wahai sahabat2 ku... siapakah insan yang dapat menerima hakikat ini.... Penulis sendiri sebak tatkala melihat umi penulis berada di pagar itu.... siapakah insan dengan segala perasaan kurniaan Allah dapat menerima hakikat ini... Antum boleh bayangkan???

Begitulah kejamnya insan sekarang... Kita inginkan suasana islamik melingkari kehidupan kita.. Namun bertepatan dengan hadis di atas... Kita dapat lihat sekarang.... Begitu ramai... bahkan memenuhi bumi ini....

Penyelesaian...

HUDUD?? Hukum hudud seringkali dianggap suatu perkara yang zalim oleh masyarakat sekarang... Namun sekiranya yang merasa zalim itu sendiri terkena jenayah itu nescaya dia orang pertama yang akan meminta hukum hudud dilaksanakan....

MACAM MANA YA?? Masyarakat sekarang nie perlu dijelaskan dengan kesyumulan dan berkesannya penyelesaian menurut islam... Hukum hudud perlu dilaksanakan.... seiring dengan kefahaman dan penerimaan masyarakat....

MACAM MANA ORANG NAK FAHAM??? Perlunya ada sekelompok manusia yang berkerja untuk memahamkan masyarakat dan umat islam khususnya akan kesyumulan islam... Mereka ini mestilah yang sudah beramal dengan islam... kefardhuan yang ditetapkan Allah oleh allah mereka sentiasa dilakukan... Kemaksiatan selalu mereka jauhkan...

SIAPA YANG AKAN JADI KELOMPOK INI?? Mereka yang memahami keparahan masyarakat islam... dan merasa tanggungjawab yang sangat besar untuk mengislahkan umat... Jauh di lubuk hati mereka.. Bayangan dunia berada di bawah telunjuk islam... Amar Makruf Nahi Mungkar sentisa berjalan seiring dengan khilafah yang agung...

YA ALLAH JADIKANLAH KAMI GOLONGAN INI YA ALLAH...

Monday, October 4, 2010

Riadhah jasmaniyyah di UM _ Tadarus

Salam warahmatullahi wabarokatuh…..

Alhamdulillah pada minggu lepas, skuad tadarus di bawah pimpinan penulis dapat mengadakan riadhah jasmaniyyah di kawasan berdekatan UM…. Program ini dilakukan bertepatan dengan perancangan dalam tadarus yang sebelumnya…. Malam sebelum program…
Aktiviti yang dilakukan adalah:

7.00- persiapan untuk riadhah,

7.30- bergerak ke padang UM untuk ‘warm up’… Warm up di lakukan di bawah pimpinan Hakimi…

7.40- Berjoging ke kampung hadapan Universiti…. Perjalanan tidak dapat diteruskan lebih panjang… (salah seorang peserta x larat…)


8.00- Main futsal dengan dipecahkan kepada dua grup….

Team A- shauqi, hakimi, lutfi, abu bakar
Team B- safwan, hafidzi, hasif, dan saifuddin


Walaubagaimanapun, team A memenangi pertandingan nie….. Grup penulis..(he..he..he..)


(pertahanan kami di bawah pimpinan luti bolos)

8.25- Buat liqo’ sebagai pergulungan atas program yang dilakukan…..

8.35- Makan sarapan.. nasi kukus n air revive… (sedapnyer)

Program ini antara lain berobjektifkan:-

1)Melahirkan golongan daie yang sihat dan bersifat aktif

2)Memperkuatkan ukhwah antara tadarus2 … ( sebahagian peserta dari tadarus lain)
3)Memasukkan tarbiyyah dalam sukan popular remaja..(satu usaha dakwah)

Insya Allah lain2 masa program ini akan di jalankan lagi……. Jom sertai….