RSS

Saturday, September 18, 2010

AIDILFITRI??


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh……

Apa khabar sahabat-sahabat semua….. Harap semua dalam keadaan sihat….
Rasanya tidak terlambat untuk penulis mengucapkan selamat hari raya kepada pembaca2
Sekalian… SELAMAT HARI RAYA!!

Penulis meminta maaf atas segala kesalahan penulis yang dilakukan tidak kira semasa kecil,di sekolah SRIAS, di mmy, mmas, Jaiputra, UM dan di lain2 tempat….. Penulis sangat sedar kerana kadang2 penulis mungkin menyakiti orang lain tanpa penulis sedari…. KU MINTA MAAF ATAS KESALAHANKU!!

Setelah berhari-hari kita beriringan dengan Ramadan baru-baru ini... Terasa sangat indah gandingan itu…. Gandingan yang menguatkan jiwa yang lemah… Gandingan yang menghubungkan kasih sayang yang tidak erat… Gandingan yang menguatkan tubuh untuk terus beribadat… Dan ramadan kali ini secara peribadi sangat penulis rasa kekuatannya, kegembiraannya, perjalananya, sumbangannya, dan penulis sangat berharap kita semua juga mendapat tarbiyyah yang sebaiknya dari Ramadan yang baru kita lalui ini…..

Wahai sahabat-sahabat….

Setelah Ramadhan yang kita cintai telah kita lalui…. Kita telah dianugerahkan oleh Allah satu kejayaan yang sangat besar iaitu HARI RAYA AIDILFITRI…..
Namun sahabat-sahabat…..Ingin ku Tanya pada kalian…

ADAKAH BERBALOI IBADAT KITA YANG KITA LAKUKAN PADA BULAN RAMADAN DENGAN SAMBUTAN AIDILFITRI INI???

ADAKAH KITA MENYAMBUT AIDILFITRI ANUGERAH ALLAH INI SETELAH KITA MENGGUNAKAN RAMADAN DENGAN SEBENARNYA???

Ayuh kita selami makna Aidil Fitri yang sebenar…….

Aidifitri dengan maksud Hari Raya Fitrah adalah bermaksud kita kembali kepada fitrah kita yang suci bersih setelah kita melalui Ramadan…. Ramadan adalah pembersih kita agar kita dapat kembali menjadi seorang insan yang bersifat dengan sifat2 fitrah…..
Selain itu juga, dikatakan, Ramadan adalah sebagai bulan kita menjana diri kita untuk kita tempuhi hari2 kita yang biasa selama sebelas bulan selepasnya….. penulis sendiri tidak pasti kesahihannya….

Namun…

ADAKAH KITA SUDAH KEMBALI PADA FITRAH YANG SUCI ITU???

Adakah kita telah betul-betul kemenangan yang dikurniakan Allah ini??

Ayuh nilai kembali diri kita…… Di mana kita sekarang nie…..
Ayuhlah.....

_Ku Yakini bahawa Islam akan Tertegak dengan Terbangunnya institusi individu yang dipenuhi dengan 10 muwasofat tarbiyyah yang akan menjadikan kita pemuda yang
mampu berpijak di segenap ruang…
Mampu berkerja di setiap tempat…..
Mampu beramal di setiap lapangan…
Mampu melakukan perubahan untuk umat….

Dan yang paling penting…. KU INGIN TEKANKAN….

-ISLAM TIDAK MELUPAKAN UNSUR RUHI DALAM GERAK KITA-

0 comments:

Post a Comment