RSS

Wednesday, June 30, 2010

Salam Tarbiyyah...( Aktiviti yang menguatkan jiwa)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh……
Syukur kepada Allah yang memberikan kepada kita taufik serta kekuatan untuk meneruskan perjuangan di muka bumi Allah ini…..
Terima kasih ya Allah….

####################################################
TEMPAT: KUBANG KERIAN
MASA: 8.00 MALAM- 7.30 PAGI
TARIKH: 25-26 JUN
####################################################

Sahabat2ku yang ku kasihi….
Seperti tertera diatas…….
Akhirnya aku dapat bersama naqib menjayakan qiam yang sangat membekas dalam jiwa ini…..
Sebelum tidur kami adakan usrah sebagai ganti hari yang ditunda……
Tiadalah lagi kepuasan kefahaman yang aku dapati lebih daripada apa yang baru ku dapatkan ini…….
Sahabat…..
Kisah surah Abasa adalah telah mengajar banyak kepada kita kaedah kita melakukan aktiviti dakwah……
Macam mana kita ingin memilih anasir taghyir dll……..
Hadis aisyah memarahi yahudi yang mengatakan assamu alaikum pada nabi juga mengandungi banyak hikmahnya yang tersendiri……
Sirah nabi juga mengajar kita banyak jalan2 yang kita boleh ikuti untuk kembali membawa islam dalam dunia ini….. Kembali untuk islam bertapak dengan kukuh diatas usaha yang praktikal dan berkesan InsyaAllah…..

AYUH KEMBALIKANLAH KESYUMULAN ISLAM….

Monday, June 7, 2010

Gaza perlukan KITA!!


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh…….

Alhamdulillah akhirnya dapat menyambung kembali blog ini…. Agak lama juga apabila penulis menghitung fasa ‘tidak update’ yaitu lebih kurang 16 hari….

Dalam celah2 itu, berlaku pelbagai kisah2 yang sungguh menyayat hati kita sebagai muslim yang sangat mengambil berat bahkan merasai penderitaan sahabat kita di Palestin sana…… Kepada sahabatku di palestin …. Di sini ku titipkan kata2 dari hati kami kepada kalian yang menanggung seksa sekian lama…..

Wahai sahabat2 ku yang sangat ku kagumi semangat kalian……
Bahkan tidak wujud rasa gentar takut dalam diri kalian……
Ku tahu jiwa kalian benar2 diserahkan pada Allah….
Maafkan kami andai tidak menjejakkan lagi kaki untuk bersama kalian….
Tapi kami berjanji bahawa kami sangat berazam untuk bersama kalian….
Sebolehnya kami ingin mengangkat senjata bersama kalian…..
Kami juga ingin mengutip batu bersama kalian untuk melontar kepada yahudi laknatullah…..
Ya Allah kau perkenankanlah doa kami…..

Terasa pedih benar dengan peristiwa yang berlaku sekitar minggu ini.... Bantuan bekalan yang cuba dihantar dihalang tanpa ada unsur kemanusiaan…… Sedih benar kerana mana mungkin secara logiknya bekalan makanan dan segala bekalan lain yang semakin berkurangan dapat menampung perjalanan hidup banyaknya penduduk di Gaza……

Wahai negara2 islam di sekitar palestin…. Di manakah kebenaran syahadah kalian??…. Adakah kalian benar melakukan sesuatu yang dituntut oleh islam……. Palestin telah menjadi sebuah penjara besar yang ditutup sumber bantuan dari segala penjuru……

Wahai sahabat- sahabatku yang seakidah denganku di Malaysia ini……

Perbanyakkanlah doa kalian sekarang nie…. Setiap solat kalian isilah dengan doa yang tulus ikhlas untuk kemenangan islam di Gaza dan agar hancur berkecainya Yahudi…… Rasailah kesyahidan mereka seperti kesyahidan ahli keluarga kita tanda dekatnya mereka dengan kita…… Kerana itu sahaja kemampuan kita sekarang ini…. Dan juga yang berkemampuan teruskan lagi usaha kalian…. Jangan biarkan masa kita berlalu tanpa sumbangan kepada mereka……



(Penulis juga baru sahaja solat hajat secara besar- besaran bersama Tuan Guru Nik Aziz di Stadium Sultan Muhammadi Jumaat lepas….. Dan juga sudah beberapa kali wakil Palestin berterusan datang menceritakan keadaan tenat mereka, namun ketahuilah mereka tetap akan teruskan perjuangan….. Dan penulis juga merakamkan setiap kata2 mereka yang sangat mengharapkan bantuan dari kita….. Yang penulis Berjaya ikut dengan sempurna adalah di UM sendiri dan yang kedua sebelum solat hajat di Stadium Sultan Muhammadi di Kota Bharu Kelantan… Apa-apapun teruskanlah berdoa.....)

Thursday, May 20, 2010

Perjuangan menentang kebatilan...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh…….

Segala puji bagi Allah atas kehendaknya yang menjadikan kita khalifah Allah serta selawat dan salam kepada rasulillah atas perutusannya sebagai rasul sebagaimana firman Allah (rusulan mubassyyirina wa munzirin ) menunjukkan kita jalan yang baik untuk kita betul2 sampai kepada pangkuan Allah secara benar……

Baru berapa hari penulis mengikuti daurah di maktab Mahmud yan……. Daurah itu juga Berjaya membekas dengan baik dalam diri peserta…. Alhamdulillah…..

Di sini ku ungkapkan kata2 yang ku yakini inilah kata2 yang keluar dari hati yang tulus mengerjakan amal untuk islam…. walau di mana berada darah merekalah yang mengalir jatuh atas nama memperjuangkan islam….. ku syukuri kerana makin ramai daripada kita semakin memahami peranan kita sebagai umat islam terutama pada diri penulis yang agak baru dalam kefahaman ini…… ku tuliskan kembali kata2 yang sama2 menjadi harapan kita untuk menggalas tanggungjawab dan amanah yang berat ini….
.
“apa yang kita perolehi adalah perancangan ALLAh untuk kita...
salam perjuangan buat yang bakal menempuh medan perjuangan baru..
ingatlah.. perjuangan terbesar adalah perjuangan hawa nafsu.. “

“salam bg saudara2 dkt u nnti....hrp brsabar kelak menempuh ujian dsana..kuatkan iman ckalkan hati.slalulah kmbali pdaNYA...brsma kita berjuang utk agama,bangsa,negara n ummah...smpai bertemu kalian d syurga.....................amen…”

“Semoga daurah yang bakal di adakan pada petang ini akan lebih lagi mengeratkan ukhwah antara kita..^_^”

“Alhamdulillah..daurah kali ni mmg berkesan.sama2 lah kita bina ukhuwah yg terjalin dgn lebih erat..
Ameen.....
Mudah-mudahan....
Harap tarbiyyah sebegini dapat terus berjalan di mana kita berada....
ALLAHU GHAYATUNA!!!
insyaALLAH....”

“alhamdulillah..daurah yg diadakan baru2 ni mmg terkesan dlm diri ana..moga2 ia menjadi wasilah kpd semua untuk menegakkan kalimah Allah wlu di mana jua kita berada”

“semoga dauroh yg diadakan terus berterusan walaupun bilangan kita semakin sedikit...... pasti ada hikmah sebaliknya...”


Tidak terungkap kata dari diri penulis yang terkesima bahawa inilah lahirnya pemuda dan pemudi baru yang akan bergerak untuk mengembalikan semula jiwa islam yang gemilang suatu ketika dahulu….

Mengapa penulis ungkapkan begini??? Ketahuilah bahwa penulis sangat sedar bahawa kita sekarang nie hidup dalam masyarakat yang dilatih secara barat….. diajar untuk mengagumi ilmu sehinggakan agama diketepikan….. sanggup berjuang untuk ilmu tetapi lupa berjuang untuk tegakkan islam….

Kita tidak pelik andai banyak dari kita di marahi kerana gagal dalam periksa….. tetapi berapa ramai yang di marah kerana mesej yang bukan2, solat yang sengaja dilewatkan, quran yang tak di baca.... bukankah masalah ini terus menular dalam masyarakat???

Jadi tidak bolehkah penulis rasa kagum dengan lahirnya jiwa2 baru yang akan meruntuhkan jiwa2 kebaratan ini???....

Penulis juga sedar…. Pertemuan itu (daurah) mungkin yang terakhir bagi penulis sebelum berangkat meninggalkan sebentar bumi kelahiran penulis ini….. Harap diri ini terus tsabat dalam bergerak untuk islam…. begitu juga dengan sahabat2….. Ana doakan kita sama2 berjaya untuk diri kita dan islam….

Wahai sahabat-sahabatku ,dan juga mungkin juga adik-adikku , dan mungkin juga senior-seniorku...

Ku tahu jiwa kalian sarat dengan kefahaman islam yang syumul… dan juga akidah yang kalian miliki adalah akidah yang benar…. Apakah kata kalian yang menjunjung kalimah Allah dalam diri kalian akan berita yang benar2 merengsakan jiwa kita ini…… ketahuilah sistem Negara kita yang teruk sekarang ini telah menghasilkan kefahaman yang tidak betul dalam jiwa umat islam khususnya…. Ku harap kalian sanggup menghabiskan sedikit masa atau sebanyak mungkin untuk bergerak membetulkan kembali permasalahan ini…. Dengarlah ungkapan2 yang direkod oleh penulis sebagai tanda sistem persekolahan yang teruk di luar sana atas kefahaman yang silap ini…..

ALOR STAR: Ketegasan seorang guru disiplin di sebuah sekolah di Ayer Hitam, dekat sini, mendisiplinkan pelajar bermasalah dibalas dengan kenderaan miliknya dilontarkan bom petrol, malam kelmarin.
Bom petrol itu dilontarkan pada kereta guru berkenaan sebagai amaran berikutan tindakannya
merotan pelajar yang melanggar peraturan ketika sesi persekolahan.
Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, guru terbabit sedang menonton televisyen bersama keluarga di rumahnya di Kampung Teluk Tui, Jerlun, dekat sini, sebelum dikejutkan dengan bunyi letupan di hadapan rumah.


Aduh…. Pedih benar jiwa kita yang sangat2 mengharapkan islam kembali mentadbir dunia kita…….
Beginilah jadinya andai agama diketepikan dalam sistem pelajaran kita….. Bagaimanakah kita ingin mengharapkan makin ramai jiwa yang ikhlas akan berkerja untuk islam andaikata kereta guru sendiri sanggup di Bom…. Wahai sahabat ingatlah kerja ita masih banyak….. Janganlah kita melepaskan tangan kita dengan alasan.. ”ana x sempurna”, “aku pon jahat..” dll….

Ingatlah sesungguhnya makin ramai yang teruk dalam sistem penjajah yang jahat ini…. Janganlah kita2 sama2 teruk macam orang lain sedangkan kita telah ditarbiyyah dengan baik oleh MMY dulu…… Ayuh sama2 memperbaiki diri dan betulkan orang lain……

Penulis harap kalian sanggup untuk menahan diri dari dicaci, diperli, kalian sanggup diboikot, hanya kerana untuk islam….. Ingatlah tuluskanlah hati untuk perjuangan ini….. InsyaAllah janji Allah akan datang…….

(Penulis sngat2 meminta maaf andai kata2 penulis bersifat peribadi dan sukar di fahami… penulis mengesyorkan pembaca semua membaca ‘peranan pelajar’ oleh almaududi…. Kerana insya Allah kalian akan lebih memahami kata2 penulis ini… Penulis juga ingin mengambil peluang untuk meminta maaf kepada pembaca semua andai ada dikalangan pembaca yang pernah di kasari oleh penulis… Penulis Insya Allah akan melanjutkan pelajaran di Universiti iman, Yaman pada akhir bulan ini… Iringan doa kalian amat diharapkan…. )

Saturday, May 15, 2010

Daurah Penemu persahabatan

Rabu baru2 nie…. dalam pukul 9.30 pagi tue ana cas henset (dah lama dah bateri kong)….. masa tgh cas tue dapat message no. ana sendiri…..

Maksud dia… ada orang call ana lar….. tapi x dak bateri….. kesian dia…..
Ana pon call dia secepat mungkin……..

INI DIALOG KAMI

Ana: Assalamualaikum hakim….. Ada apa enta call ana …. Ana minta maaf lar tadi bateri ana habis…..

Hakim: erm…. Enta besa lah….. selalu x cas enset (memang pon, x tau pasaipa malas)…. Enta nak pi dak esok ada daurah kat sekolah???

Ana: Erm…. Ana insya Allah pi…… Enta nak pi dak???

Hakim: Insya Allah…. Jangan lupa bagitau kat ehsan sekali……

Ana: Insya Allah…… nanti ana call dia…..


Esoknya ana pon pergi lar ke sekolah dengan sahabat ana ehsan……… Dalam bas tu kami sembang macam2…. Sebab walaupun kami dok kulim sekali, tapi kami jarang berjumpa….. dah berjumpa nie, peluang kami untuk eratkan lagi ukhwah lar kan……. Kan……

Kan Allah berfirman “Innamal mu’minuna ikhwatun….” Ana tak yah translate tak pa…… Antum kan dah faham…..Antum semua pandai-pandai kan……. Dan antum juga tahu bahawa mukmin itu bersaudara tanpa mengenal paras rupa dan harta benda……..

Dan ketahuilah bahawa persaudaraan mukmin itu tak boleh dibeli oleh orang kafir walaupun mereka menawarkan apa yang ada di langit dan di bumi…. Setuju dak apa ana kata??? Betul lar…. Ini firman Allah….ana bagi mafhum dia jer lah…. “kalaulah kamu menginfakkan (membelanjakan ) apa yang ada di bumi semuanya pon, sesungguhnya hati kamu tidak akan sesekali diikat oleh Allah” ini ayat Allah kepada orang kafir…. Mereka tidak ada ikatan satu akidah yang kuat macam kita umat islam….kalau Syed Qutb kata ia (ikatan akidah) adalah tiupan ilahi yang yang khusus daripada Allah untuk penyatuan umat islam…… Dan ikatan kita bukan kerana daerah rumput yang sama seperti kambing belaan…….tetapi kita umat islam ikatan akidah adalah tanah airnya… negerinya …. Dan kekuatannya… (bersastera pulak!! )..

Sebenarnya ana dah nak berangkat ke luar Negara hujung bulan nie….. sebab tue rasa sedih jer bila teringat sahabat2, atau lebih erat lagi ikhwah2…….

Ana p sekolah nie antara lain nak berjumpa dengan sahabat2 lar (dalam masa yang sama ikut dan sama2 buat daurah) ….mungkin nie kali terakhir berjumpa sebelum berangkat….ish sedihnyer nak sambung ceriter nie….

Kami sampai stesen bas yan (x sampai 1 kilo dari sekolah) lebih kurang pukul 5.00 ptg….. Time tu hujan…. Masa kami sampai tu nampaklar 6th gen dok tgh makan kat kedai berdekatan situ…. Wah… Inilah peluang untuk mengcungkil pengalaman mereka!!!
Dah lah dah lama x jumpa depa….. yang pastinya semua melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi… kiranya x dak yang menanam anggur lah…. Ataupun singkatannya MENG-ANGGUR…..

Erm… ana pon minta sedikit nasihat dari mereka sebagai persediaan untuk ke sana….. Biarlah semua nasihat itu menjadi suatu yang berguna untuk diri ana khususnya dan juga kawan ana untuk menempuh hari yang mendatang…. Allah pon banyak suruh kita mengambil pengajaran dari umat2 terdahulu kan…. Nie kira nak beramal dengan ayat quran jugak lar….. Insya Allah…..

Oh… time tu ana teringat hakim…. Dia suruh ana mai…. Tapi dia mai ngan sapa??? Bila??
Oleh sebab inkuiri yang tinggi itu ana kol dia…..

Ana: Salam…. Nie hakim ka????

Hakim: Salam… Ya lar…. Dah enta call ana…. (btol jugak!!)…

Ana: macam mana enta… dalam perjalanan ke sini kar???

Hakim: erm… erm…. Ana x boleh p lar…. Ayah ngan mak ana x izin….. tapi ana memang nak p sangat…. X pa lah… mungkin ada hikmahnyar…..

Ana: oooooo…. Tak pa2…. Setiap sesuatu ada hikmahnya …….. tapi sedih lar… ana x dapat jumpa enta…...Nanti ana nak p dah yaman...

Hakim: x pa2…. Insya Allah ada masa kita berjumpa….nie kirim salam kat semua taw…..

Ana: Ok2, ana akan bagitau…..


Masih terngiang-ngiang lagi suara hakim bersemangat mengajak ana untuk pergi Daurah…. Dia pulak yang tiba2 x leh pi…….. Tapi apakan daya…. Allah merancang begitu akhirnya…..…Mungkin dia mendapat seribu rahmat dan tertolak seribu kecelakaan dengan ketidak hadirannya itu kan?…….. kita kena terima….. Kadang2 yang kita x suka (rasa berat hati ) itu baik untuk kita kan…… Allah lagi tau kan……. Itulah penyejuk hati kita…..

Erm…. Masa sampai sekolah tu ana agak berpuas hati ramai sahabat2 dari MMAS datang…..Itulah Naim, Uzair, Amirul, Fariq, Kro, Ma, Iqbal, dll…. Teringat dari dulu dok buat program sekali n pimpin mmy sama2…. Sama2 belajar untuk SPM….. teringat dok dorm sekali dulu…. Asyik kena marah ja ngan ustaz ahadi sebab kotor….. itu semua kenangan bersama……..Namun sekarang itu semua telah berlalu pergi….

Dan juga lepas solat asar kami juga sempat berjumpa dengan cikgu sue yang kebetulan warden hari tue…. Bila lihat iras wajahnya….. teringat penat lelah mereka mengajar kami… sanggup naik tingkat atas walaupun baru keluar dari kelas adik2 kat bawah semata2 mahu mengajar kami…. Terima kasih guru……

Pengorbanan kalian sedikit terbayar dengan kejayaan SPM kami yang menaikkan Maktab Mahmud Yan di tangga teratas maktab Mahmud di kedah…. Dan juga yang ke 15 dalam senarai sekolah di kedah mendahului SMKAY dan SMKAS dll…… Terima Kasih atas jasa kalian……

Erm…. Kalau nak cerita nie panjang lagi…… Tapi ana agak berpuas hati dengan daurah yang kami jalankan….. dengan kehadiran akhawat yang ramai….. kebanyakan dari mereka juga akan melanjutkan ke IPTA ….. semoga Berjaya di sana……..

Ana nak cerita banyak lagi nie….. sebab rasa seronok sangat jumpa kawan2….. sebab nak berangkat dah…. Tak pa lah…. Walaupun kita akan berjauhan tapi gerak kerja kita sama….. ALLAHU GHAYATUNA…. perincian daurah nanti ana cerita...k....

(ngantuk dah nie….. he….he…he…. minta maaf buat time malam)