RSS

Thursday, April 15, 2010

Hakikat islam yang dilupai


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh....
Pertama sekali ana mengucapkan terima kasih kerana memberikan sokongan pada blog ini ini. Mudah-mudahan semua ini mendapat nilaian di sisi Allah...

Mudah-mudahan apa yang ditulis ini bisa dikongsi bersama adik2 di MMY khususnya dan juga pada sesiapa pun (Umum)

Ayuh ikhwah dan akhawat sekalian, marilah kita sama2 merenung akan beberapa pelajaran yang disampaikan oleh SQ dalam kitab HA.....

Tau dak SQ itu apa????
Haa tau xpa...
Syed Qutb kan....

kitab HA tu apa pulak...
X tau kan???
Haaa kitab (HA) tu adalah kitab Haza Adden...
Minta MAaf andai terlalu ringkas(HA)

Ingin ana titiskan beberapa coretan Syed Qutb tentang beberapa salah faham umat terhadap islam...
Yang asli dalam bahasa Arab....
Ni Pensyarah ana Terjemah...
Ka nak yang bahasa arab???
Aana seriau antum x faham ja...(Jgn kecik hati pulak)

"Sebahagian dari umat islam menunggu daripada agama ini-setelah mengetahui ia dari Allah- bahawa ia akan bertindak secara SIHRIAH (magik), dan PELIK dan X JELAS SEBAB. Tanpa mengira bahawa ia juga (Islam) adalah i'tibar dari tabiat manusia dan usaha secara fitrah..."

faham tak apa ana tulis nie....
ana tau antum semua bijak....
kan kita semua dah cerdik dah......

Mksudnya kita hendaklah menjadi manusia yang berkerja untuk menegakkan islam...
Jangan jadi cam sebahagian manusia yang tunggu magik ja.....
faham x tunggu magik ni camna????


contohnya cam nie... KIta tidor cam besa, (x perlu fahamkan orang tentang apa kerja mereka untuk islam)...
Kita tunggu... dan Tunggu....
Kemudian esok pagi kita bangun tidor dan tengok......

Pemerintahan Najib dah Bertukar kepada Islam....
Dan Najib dah mula mengajar di masjid tentang islam...
Israel dah terhapus....
Palestin hidup cam besa.....
Barat dah pakai sistem islam....
Penjara Abu Gharib dah bertukar jadi masjid...
Pusat judi di Genting dah bertukar jadi Perkuburan Syuhada'
Bandaraya KL dah jadi pusat ulama' berbincang tentang hukum....
Dan banyak Lagi....

Ahh..
Ketahuilah bahawa islam adalah agama fitrah....
Dan ia juga mengikut Fitrah manusia...
Kerana ia adalah manhaj dari ilahi untuk manusia.... (Bukan untuk malaikat)
Ayuh... Teruskan usaha memahamkan adik2 kita dan masyarakat kita bahawa....
Mereka perlu bekerja untuk islam...
KIta juga perlu menggandakan usaha kita untuk islam.....
Allah mengajar kita untuk berusaha cam nabi....
Nabi dilempar batu, dilempar najis untuk islam...
x kan kita nak tunggu magik ja...
Ayuh fikir-fikirkanlah........

Alahai Sambal Pecal



Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Sahabat2, ikhwah dan akhawat yang dikasihi Allah...

Ana pada perbincangan nie, nak bawak kita bersama betul-betul semangat dalam mengatur langkah dalam kehidupan seharian kita..

Kisah ini diceritakan oleh Naqib ana (orang indonesia) dalam menunjukkan kita bahawa sahabat-sabat kita di palestin sangat-sangat mengharapkan bantuan oleh kita... Di Zaman umat islam terus aktif dengan prinsipnya yang dianggap betul...

Pada bulan Mac yang lalu, beberapa orang sahabat kita di Indonesia mengadakan satu perarakan membenci pertapakan yahudi di palestin, bahkan yang terbaru mereka nak lancarkan perasmian tertubuhnya Haikal (sebelum ni bina ja..), dan juga mereka nak
tubuhkan 1600 unit Rumah yang berbentuk apartment di kawasan baitul Maqdis tu...



Maka dalam perarakan tu, mereka juga mengadakan derma untuk dana ke palestin... Banyaklah yang memberinya...
Termasuk juga yang tidak berkemampuan juga menghulurkan bantuan eboleh mereka...
Nak dijadikan kisah ada antara yang x berkemampuan itu, memberikan 3 sambal pecal yang harganya setiap satu dalam RM kira seringgit lah..

Maka para pelancar program pun melihat bahwa sambal pecal mungkin susah untuk dibawa sebagai derma untuk sahabat kita di Palestin...
Maka mereka pun bersepakat untuk bersama-sama hadirin ingin melelong (taruh) untuk dapatkan wang...

Kalau lelong, selalunya bermula dari tinggi ke rendah, tapi ini bermula dari rendah ke tinggi...
Maka para hadirin pun bersama melawan berapa kah harga yang perlu ditukar...

Ana terjemah nilai ke RM terus, lebih mudah kan?

Maka berkata puak pertama RM 1, maka puak kedua meletak RM 2, berterusanlah lelongan itu sehinggalah nilai mencecah puluhan ringgit....
x cukup dengan tu...
ia mula mencecah ratusan ringgit...
x cukup dengan tu...
akhirnya mencecah ribuan ringgit....
Maka terjuallah sambal pecal tadi dengan harga RM 3000 ringgit...



Allahu Akbar....
Sungguh cantik aturan Allah....
Bahkan sesuatu mempunyai makna yang mendalam....

Maka cerita ini diceritakan pada sahabat kita di palestin....
Mereka bahkan terkesan dengan kisah ini.....

Adakah kita telah tertanam kekuatan seperti itu.....
Andai kita belum bersedia.... AYUH sediakanlah dirimu...

Apa pendapat anda Tentang Perkara Ni!!!
Ada sedikit penerangan atau kritikan....
Ayuh Balaslah demi islam yang tercinta....

Friday, April 2, 2010

SAMBUNGAN TENTANG IFZQ

wuishhh..........
Meremang bulu roma kita apabila menghayati IFZQ. Tau dak apa itu IFZQ!. haa x tau kan????.
Ni mesti x baca blog yang ana post sebelum nie kan?
Ngaku Je Lar..........

IFZQ atau panjangnya Intisari Fi zilalil Quran adalah Buku yang ditulis oleh SQ setelah habis ia meneliti dan menafsir al-quran sewaktu dalam penjara. Ia menjadi Mukaddimah Tafsir Fi Zilalil Quran walaupun ditulis selepas habis tafsir Quran(Ni kawan ana kata)

Tau dak SQ tu ape???
Tak Tau Jugak!!!!
Ish...ish....ish....

SQ tu syed Qutb lah... ni mesti x pernah baca nie.....
Nak ikut perkembangan mesti tau awal dulu....

Macam kita dulu mesti la masuk tadika dulu, baru masuk sekolah..
Ka ada yang trus masuk sekolah rendah....
Pelik...pelik....pelik
Kalau orang arab jumpa benda pelik ia akan kata "Haza Syaiun A'jib"
ini betul ada dalam quran...
x percaya??
Tengok suroh Qaf (Orang Kafir tu orang arab)

aduh... minta maaf x masuk lagi isi IFZQ
Ni pasai ada yang x faham lagi nih
Ok, Serious...Serious

SQ juga menukilkan bahawa kita perlulah mengimbangkan gerakan kita seiring dengan gerakan alam...
Benda apa nih!!!
Relaks dulu

tgk surah Ar-Ra'du ayat 15
Bukak Quran cepat!!!!
Firman Allah
"dan hanya kepada Allah bersujud yang di langit dan di bumi... dan juga bayang2 mereka..."
ini membuktikan angin, pokok, tanah, awan, hatta nyamuk dalam pasu juga bersujud yakni berserah diri pada Allah.
Nampak dak perkaitan ayat nih dengan apa ana cakap tadi....
Mesti nampak....
antum kan pandai...
Bangga pulak... sudah...

ini dapat dibuktikan apabila nabi berdakwah ke thaif, nabi dilayan dengan seksaan yang teruk..
tau dak apa yang jadi???
Lembah meminta kepada nabi untuk menimbunkan penduduk thaif...
Sejuk hati nabi kerna bukan dia keseorangan dalam berdakwah....
Rupanya alam lain pun bersama nabi...
Allahu Akbar...

Kesimpulan
Alam yang menta'zimkan Allah perlu disokong dengan ahli dunia dari kalangan manusia untuk
mengimarahkan alam dengan sebenarnya.Jadi kita kita perlu bergerak seiring dengan kehendak alam.
Wassalam.

Ada banyak lagi nak isi...
Ni baru 2/26 dari IFZQ

MERASA KESATUAN AKIDAH

Selain daripada ana dapat mempelajari ilmu di sana (kelantan). Ana juga dapat merasai ikatan perpaduan yang islam bawak jauh melangkaui perbezaan bangsa dan negara.

Di sini ada ada kawan dari kemboja (bahasa perantaraan yang digunakan bersama mereka adalah bahasa arab), aceh (depa paham bm), dan banyak lagi.

Di situ juga ada pensyarah dari indonesia yang juga naqib untuk usrah ana. Namanya Pak Rijal. Selain itu ana juga dapat improve bahasa arab secara fasih dengan pensyarah yang sangat penyayang (Ustaz Hadi) yang dilahirkan di Mekah, membesar di sana dan graduate di universiti madinah. Dia mampu bertutur bahasa arab melebihi bahasa asalnya sendiri( melayu-Patani). Bahkan andai guna ana bahasa KEDAH PEKAT, dia mesti surrender punya.

Disini dapat kami membincangkan beberapa permasalahan islam yang melangkaui negara malaysia, cthnya di kemboja terdapat beberapa golongan yang terlalu taksub dengan maulid nabi, sehingga mereka itu selawat selama 3 Hari tanpa henti. Masalahnya, sepanjang 3 hari itu MEREKA TIDAK PERLU SOLAT.

Mudah-mudahan pengurusan ke yaman yang dilaksanakan di sini (kelate) dapat disempurnakan dengan jayanya.
TOLONG DOAKAN ANA.