RSS

Saturday, October 16, 2010

Penyelesaian!!!

Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah-wajah mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti serigala-serigala buas, tidak sedikit pun di hati mereka rasa belas kasihan.
Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak berhenti dari (melakukan) kekejian....
(Hadith Riwayat Thabrani- Kitab Al-Mu’jam Al-Kabir)

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarokatuh….

Semalam 14/10, emak penulis hampir diragut di hadapan rumah penulis... Ketika itu umi sedang parking untuk masuk ke rumah.. Tiba2 ada orang bertopi keledar datang masuk kawasan halaman rumah dan... membuka pintu kereta mencari barang yang akan diragutnya...

Umi yang masih tengah memegang gear terkejut... lantas menjerit... penulis yang berada di atas rumah trus menerpa ke bawah.... Peragut yang ketakutan lari... Umi yang tidak sempat menolak gear ke P telah tertolak ke R.... dan tiba2.. kereta bergerak ke belakang... Pintu kereta dalam keadaan terbuka.... Umi terjatuh dari sisi kereta dan terlekat di pagar... semua berlaku dalam waktu yang singkat... Penulis turun dalam keadaan umi dah berada di pagar.... terlekat di situ....

Wahai sahabat2 ku... siapakah insan yang dapat menerima hakikat ini.... Penulis sendiri sebak tatkala melihat umi penulis berada di pagar itu.... siapakah insan dengan segala perasaan kurniaan Allah dapat menerima hakikat ini... Antum boleh bayangkan???

Begitulah kejamnya insan sekarang... Kita inginkan suasana islamik melingkari kehidupan kita.. Namun bertepatan dengan hadis di atas... Kita dapat lihat sekarang.... Begitu ramai... bahkan memenuhi bumi ini....

Penyelesaian...

HUDUD?? Hukum hudud seringkali dianggap suatu perkara yang zalim oleh masyarakat sekarang... Namun sekiranya yang merasa zalim itu sendiri terkena jenayah itu nescaya dia orang pertama yang akan meminta hukum hudud dilaksanakan....

MACAM MANA YA?? Masyarakat sekarang nie perlu dijelaskan dengan kesyumulan dan berkesannya penyelesaian menurut islam... Hukum hudud perlu dilaksanakan.... seiring dengan kefahaman dan penerimaan masyarakat....

MACAM MANA ORANG NAK FAHAM??? Perlunya ada sekelompok manusia yang berkerja untuk memahamkan masyarakat dan umat islam khususnya akan kesyumulan islam... Mereka ini mestilah yang sudah beramal dengan islam... kefardhuan yang ditetapkan Allah oleh allah mereka sentiasa dilakukan... Kemaksiatan selalu mereka jauhkan...

SIAPA YANG AKAN JADI KELOMPOK INI?? Mereka yang memahami keparahan masyarakat islam... dan merasa tanggungjawab yang sangat besar untuk mengislahkan umat... Jauh di lubuk hati mereka.. Bayangan dunia berada di bawah telunjuk islam... Amar Makruf Nahi Mungkar sentisa berjalan seiring dengan khilafah yang agung...

YA ALLAH JADIKANLAH KAMI GOLONGAN INI YA ALLAH...

Monday, October 4, 2010

Riadhah jasmaniyyah di UM _ Tadarus

Salam warahmatullahi wabarokatuh…..

Alhamdulillah pada minggu lepas, skuad tadarus di bawah pimpinan penulis dapat mengadakan riadhah jasmaniyyah di kawasan berdekatan UM…. Program ini dilakukan bertepatan dengan perancangan dalam tadarus yang sebelumnya…. Malam sebelum program…
Aktiviti yang dilakukan adalah:

7.00- persiapan untuk riadhah,

7.30- bergerak ke padang UM untuk ‘warm up’… Warm up di lakukan di bawah pimpinan Hakimi…

7.40- Berjoging ke kampung hadapan Universiti…. Perjalanan tidak dapat diteruskan lebih panjang… (salah seorang peserta x larat…)


8.00- Main futsal dengan dipecahkan kepada dua grup….

Team A- shauqi, hakimi, lutfi, abu bakar
Team B- safwan, hafidzi, hasif, dan saifuddin


Walaubagaimanapun, team A memenangi pertandingan nie….. Grup penulis..(he..he..he..)


(pertahanan kami di bawah pimpinan luti bolos)

8.25- Buat liqo’ sebagai pergulungan atas program yang dilakukan…..

8.35- Makan sarapan.. nasi kukus n air revive… (sedapnyer)

Program ini antara lain berobjektifkan:-

1)Melahirkan golongan daie yang sihat dan bersifat aktif

2)Memperkuatkan ukhwah antara tadarus2 … ( sebahagian peserta dari tadarus lain)
3)Memasukkan tarbiyyah dalam sukan popular remaja..(satu usaha dakwah)

Insya Allah lain2 masa program ini akan di jalankan lagi……. Jom sertai….

Sahabat2 MMY- Di mana kalian??

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarokatuh….

Apa khabar semua… harap2 sihat ya…..

Nampaknya penulis masih lagi sedang berjuang bergelut dengan peperiksaan yang sedang dihadapi…apapun insya Allah akan Berjaya ameen…..

Sebentar tadi lihat sekejap video sahabat semasa di maktab Mahmud yan dulu… sedih (T_T)


X pa lah.. mungkin ada hikmahnya….

Penulis yakin Allah menetapkan hikmah yang besar atas perpisahan ini…. Walaupun pada awalnya kami beramai2 mengambil Tingkatan 6… Namun semakin hari semakin surut keluar ke Ipt dan kolej….

Yang pastinya kami keluar dari bumi tarbiyyah Maktab Mahmud Yan, akan terus berkerja untuk islam dengan baik walau di mana pun kami berada….

Di sini penulis paparkan video teman2 penulis yang bersama2 mendapat tarbiyyah di bumi MMY…
I LOVE YOU ALL!!!

(pause kan lagu di sebelah untuk lebih fokus)

Friday, October 1, 2010

PeRPiSaHaN ADaLaH PaSTi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh….
Harap antum semua dalam keadaan sihat….

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah kerana penulis sendiri sudah pun habis 60% exam akhir sem 1 kat UM Nilam Puri…

Alhamdulillah tinggal sikit lagi…
Penulis secara peribadi berpuas hati dengan peperiksaan yang dilalui ini… Insya
Allah dapat keputusan yang baik.. … Ameen…

Dalam celah2 kegembiraan penulis ini… Penulis turut berasa sedih atas pemergian sahabat penulis yang akan melanjutkan pengajian di morocco…. Mudah-mudahan dia bakal menjadi satu tenaga islam yang akan terus berkerja untuk islam…Ameen…


Sahabat penulis ini adalah ahli aktif untuk tadarus & tadabbur kami pada bulan Ramadan hari tue… Dan pada bulan syawal nie jugak…. Namun niat penulis untuk melonjakkan lagi sahabat ini dalam arena dakwah atas usaha penulis terhenti di sini…. Mungkin ada hikmah yang terbesar yang dijanjikan Allah… “SETIAP SESUATU ADA HIKMAHNYA”..

Biarpun apa yang berlaku.. Usaha dakwah untuk umat akan tetap berjalan di UM nie… Penulis sendiri akan terus menerajui dakwah ini bersama para2 sahabat yang memahami di sini….

Ya Allah perkenankanlah….