RSS

Tuesday, July 27, 2010

Yang mana perlu diutamakan..!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh……
Apa khabar sahabat2 semua….. Ana harap kita semua dalam keadaan sihat hendaknya……Maklumlah sekarang nie kita berada di bulan yang agak sibuk…….yang UPSR, PMR dan SPM sibuk dengan studi untukperiksa diorang….. yang STAM sibuk dengan peperiksaannya (percubaan bulan lapan)…..

Macam tu jugak yang berada di Universiti pun…. Sibuk dengan assignment yang semakin menebal…..Dan peperiksaan yang semakin hampir…….

Itu tidak kira lagi kerja yang melibatkan persatuan… program…. Dan macam2 lagi……. Tidak mengapa sahabatku, yakinlah semua itu ada balasannya….. kita just teruskan kerja kita…… Insya Allah jika kita lakukan dengan ikhlas kerana islam, kita akan mendapat balasan yang melaut luasnya daripada Allah….Ameen……

Baru2 nie ana ada mengikuti satu Karnival harmoni yang diadakan di Central square, sungai Petani …Program itu dilaksanakan selama tiga hari (23,24,25/7)….Program ini diadakan oleh Hidayah Centre, Jim- Ikram sungai Petani…..Program ini lebih bertujuan untuk memahamkan islam dengan lebih mendalam kepada non muslim khususnya….. Dan juga untuk mendekatkan lagi muslim dengan agamanya….. Antara pengisian dalam tu juga ttg saudara kita di Palestin… Penulis sendiri hanya sempat berada di situ pada hari terakhir sahaja….. Bagaimanapun Alhamdulillah.. dapat juga penulis melihat bagaimana keadaan masyarakat islam kita sekarang…..

Buat pengetahuan semua program itu diadakan di tingkat lima pasaraya itu…. Di situ lah tempat bowling.. tempat games, karaoke dll…… Memang sungguh memberi ujian kepada kami…. Sahabat2 cuba bayangkan bagaimana mereka yang datang atas alasan nak berkaraoke, nak main bowling di ajak untuk mengikuti program nie…… Wah sungguh2 mencabar……

Namun penulis bukan nak cerita program itu secara detail satu persatu…. Namun penulis tergerak untuk menceritakan satu peristiwa yang sangat mendukacitakan kita sebagai muslim yang mengaku melakukan kerja islam nie……

Sebenarnya dalam program tu.. kami ada menganjurkan kuiz tentang islam. Kuiz ini secara bertulis shj...Memang ramai yang melibatkan diri…… kami diamanahkan untuk mendekati setiap individu untuk melihat sejauh mana mereka memahami islam…..
Sekali itu… ana ada bertanya pada seorang nie…..Buat pengetahuan semua dia ini adalah melayu beragama islam….
__________________________________________________________________________________
Ana:Eh, Boleh jawab dak soalan tue????
Orang tu: Aduh… tak reti lar….. Allah menurunkan kita apa aah pada nabi Muhammad???
Ana: (Sangat terkejut!!! mana mungkin seorang muslim tidak mengetahui kitab yang diturunkan kepada nabi yang sepatutnya ia ikuti… sedangkan dia bahkan dituntut untuk membacanya setiap hari….)
_____________________________________________________________________________________

Maka ana pun bagitahulah dalam keadaan sangat sedih….. bukan sedih pada mereka…. Tetapi sedih kerana kita telah mengabaikan mereka ini…… Ya Allah maafkanlah kami….

Sahabat….itulah realiti umat islam yang kita perlu ketahui…… Kita sedih kenapa ramai umat islam yang memahami islam lebih cenderung untuk berhujjah mengatakan ini Bida’h… Dosa baca Yassin malam jumaat… tahlil x boleh….dll…

Sahabat2 ketahuilah itu hanyalah perkara furu’……… Ayuh kita sama2 berlapang dada dan sama2 melihat keadaan umat sekarang….. kebanyakan mereka tak sedar pun bulan ramadhan bila…… kalau bulan ramadhan pun tak kenal… macam mana nak puasa??? Ini hakikat yang ana sedar sewaktu ana bertanya pada seseorang di situ (central square)

Umat islam sekarang ini mempunyai masalah akidah yang teruk…… Ayuh kita selaku ahli agama berlapang dada terhadap perkara furu’ dan sama2 menyelesaikan masalah akidah nie…..

Mungkin itu sahaja untuk kali ini…. Ana kena siapkan diri untuk kelas BI 15 minit lagi…. Kita jumpa lagi…. Salam harapan dari sahabatmu……

_ISLAM TIDAK TETEGAK DENGAN SENDIRI…. AMANAH ITU DI ATAS PUNDAKMU_

Monday, July 19, 2010

فذكر..... فذكر

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh……..

Syukur kita kepada Allah kerana masih mengurniakan kita nikmat kehidupan….. Alhamdulillah….

Kalau bukan kerana nikmat kehidupan tadi, yang turun menggambarkan kasih sayang Allah yang tidak terhingga kepada kita, mana mungkin tangan ini mampu menekan satu- satu papan keyboard ini…. Mana mungkin otak ini mampu berfikir apa yang akan ku tuliskan ini….. terima kasih Allah atas kesempatan yang tercurah ini…..

Bak kata maher zein dalam lagu ‘alhamdulillah’

“Allah, I wanna thank you,”
“I wanna thank you, for all the thing you’ve done….”

(masih terngiang-ngiang lagu di minda penulis… sedihnyer T_T)

Apa khabar sahabat- sahabat semua….. ana harap kita semua dalam keadaan sihat….. maklumlah terlalu gembira pulang ke kampung halaman…. Dah 2 bulan tak balik kan!!
Tapi jangan terlalu enjoy taw!!! Sampai quran dah tak baca, solat dhuha tinggal, tahajjud malas buat....

Awas!!!! Kalau macam nie…..

Ketahuilah sahabat2 kita pulang dengan tanggungjawab yang sangat besar….. kita ada kerja yang sangat banyak….. dengan assignment yang bermacam-macam….. dan yang paling besar dengan tugas sebagai seorang islam yang mengucapkan kalimah syahadah dan beramal dengan syahadah {besarnya tanggungjawab ini….. sepertimana yang tertulis dalam buku Syahadatul Haq (abu a’la Almaududi)}…..

Ayuh kita kembali membuka hati kita untuk terus mengabdikan diri kepada Allah…..
Teruskan kerja kita…..

Siapkan assignment…..

Edit video istima’ dengan semangat……

Buat karangan tentang islam……

Assignment nahu yang mengejut……..

Ketahuilah itu semua adalah jalan mengabdikan diri kepada Allah….. Islam tidak pernah mengatakan ibadah kita kita just solat, doa, belajar dll….. tetapi ruang ibadat sangat luas…..

Dan ketahuilah………..

-IA BERGANTUNG KEPADA KITA, BAGAIMANA KITA BERINTERAKSI DENGANNYA (IBADAT)-

Sebagai penutup, ayuh sama2 kita fikir…..

SEJAUH MANA KITA BERAMAL DENGAN ISLAM….

APAKAH KITA BETUL-BETUL MENGGUNAKAN NIKMAT YANG ALLAH BERI INI DENGAN SESEMPURNA MUNGKIN….

ATAU KITA MELAKUKAN SESUATU KEBAIKAN IKUT MOOD KITA.....

Dan janganlahkita berkata sebagai alasan seperti mana yahudi berkata kepada Allah…. Dalam surah albaqarah…. "وقالوا قلوبنا غلف , بل لعنهم الله بكفرهم ”

{Mereka berkata, Kami buat semua ini- kemungkaran- bukan sebab apa, tapi sebab hati “kami yang dah terkunci” …..sedangkan Allah melaknati mereka sebab kekufuran mereka (mereka memilih untuk menjadi kufur, bukan sebab hati mereka awal2 lagi telah di-anaktiri-kan oleh Allah)….}

Ayuh sahabat, kita yang menentukan diri kita….. janganlah kita dicela sebab diri kita yang memilih perkara itu…. Wal’iyazubiLlah…..
Ayuh sama-sama berfikir……